Berita Harian

Kerjasama unik Estranged, Jenita

Pertemuan dengan penyanyi dangdut di Bandung cetus idea hasilkan Mau

- Oleh Hanisah Selamat

Segala-galanya berlaku tanpa dirancang. Pertemuan di sebuah tempat makan ketika kunjungan Estranged ke Bandung, Indonesia beberapa bulan lalu menemukan mereka dengan penyanyi dangdut, Jenita Janet.

Tanpa mengetahui latar belakang masingmasi­ng, mereka rancak berbual seperti sudah lama kenal, terutama apabila menyentuh perkembang­an muzik semasa.

Bermula dari situ, tercetus ilham menjalin kerjasama dengan menggabung­kan elemen alternatif rock bersama rencah dangdut yang menghasilk­an nuansa unik.

Anggota kumpulan itu, Din atau nama sebenarnya, Solihuddin Hormat, 33, berkata, sepanjang perbualan Jenita cukup bersemanga­t memperinci­kan mengenai perkembang­an muzik di negaranya. Hanya selepas beberapa ketika, baru dia memperkena­lkan dirinya sebagai penggiat seni.

“Daripada cara perbualann­ya, saya tahu dia mempunyai ilmu dan berpengala­man dalam dunia hiburan. Apabila Jenita memaklumka­n dirinya adalah penyanyi, saya yakin dia bukan anak seni amatur.

“Lucunya kami saling melihat profil masingmasi­ng di laman sosial kerana tidak menyatakan apa pekerjaan sebenar kami. Selepas itu, perbualan semakin rancak dan sebaik pulang, saya dan rakan lain sepakat untuk merealisas­ikan kerjasama ini,” katanya.

Jatuh cinta

Ditemui ketika sesi rakaman di sebuah studio di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, barubaru ini, Jenita yang berusia sekitar 30an itu masih tampak remaja, berbeza dengan karakter sebenarnya apabila di pentas persembaha­n.

Akui anak kelahiran Bandung yang kini menetap di Jakarta atas tuntutan kerja, dia melihat pertemuan dengan Estranged sebagai kerjasama strategik antara penggiat seni dua negara.

“Memang menarik sekali pertemuan saya dan Estranged. Saya kagum dengan muzik mereka dan teruja berpeluang merealisas­ikan lagu, Mau ini.

“Kali pertama mendengar melodinya, saya sudah jatuh cinta. Ia sangat enak didengar. Saya yakin muzik moden apabila diselitkan elemen dangdut akan menampilka­n sesuatu yang berbeza,” katanya yang turut dikenali sebagai pelakon dan pengacara.

Di Indonesia, penyanyi yang sudah mempunyai empat single popular itu terkenal dengan imej unik apabila sering menggayaka­n rambut palsu aneh dan mengenakan solekan comel untuk membezakan­nya dengan artis dangdut lain.

Mahu terus bereskperi­men

Sementara itu, Hanafi pula menambah, mereka sengaja bereksperi­men dalam setiap single, namun memastikan percubaan itu boleh diterima pendengar.

“Konsep Estranged memang mahu menjadi berbeza, tetapi boleh dengar dan diterima ramai. Kami tidak mahu menghasilk­an sesuatu yang mengarut. Kami pilih Janet bukan kerana muziknya yang berbeza, tetapi juga imejnya.

“Bersandark­an perancanga­n, Mau akan diperkenal­kan selepas raya. Ia masa paling tepat kerana kami dapat mempromosi­kannya ketika menjayakan showcase jelajah di Sabah dan Sarawak bermula Ogos depan.

“Kami juga berharap, kerjasama ini turut membantu melebarkan lagi langkah kami di negara jiran. Sebelum ini, pendengar Estranged kerap meminta kami turun ke sana.

“Kami sudah menyusun perancanga­n rapi untuk membawa Mau ke serata tempat. Kami yakin Jenita Ditunjangi tiga anak muda Pernah muncul Meraih pelbagai pengiktira­fan daripada majlis anugerah tempatan juga teruja untuk memastikan lagu ini diterima ramai,” katanya.

Teruskan tuntutan saman

Sementara itu, ditanya mengenai perkembang­an kes mahkamah membabitka­n Estranged, Din memaklumka­n mereka tetap meneruskan saman terhadap seorang wanita yang didakwa menipu berhubung tawaran mengadakan konsert di London.

Walaupun sudah memaafkan perbuatann­ya, tindakan tegas yang masih dalam proses itu diteruskan sebagai pengajaran, sekali gus mengingatk­an rakan artis lain supaya lebih berhatihat­i.

“Buat masa ini, proses mahkamah mengambil sedikit waktu. Kami dimaklumka­n, wanita terbabit sedang menjalani hukuman atas kesalahan lain. Selepas ini, kita tunggu penyelesai­annya.

“Kalau boleh, kami tidak mahu mengambil tindakan sebegini. Tetapi, negara kita ada undangunda­ng, jadi biar mahkamah yang menentukan supaya ia menjadi pengajaran kepada semua pihak.

“Lambat atau cepat proses itu bukan isu kerana paling penting, kes ini diselesaik­an. Kalau boleh, kami berharap ia selesai dengan cepat, namun kita perlu ikut saluran yang betul,” katanya.

Selain Din, kumpulan alternatif rock yang ditubuhkan sejak 2001 itu turut dianggotai Richard Lawrence Gimbang atau Rich, 35, selaku vokalis dan Nor Hanafi Noor Hadi, 34, (gitar).

 ??  ?? Jenita Janet
Jenita Janet
 ??  ?? Jenita teruja bekerjasam­a dengan Estranged yang dianggotai (dari kiri) Hanafi, Rich dan Din.
Jenita teruja bekerjasam­a dengan Estranged yang dianggotai (dari kiri) Hanafi, Rich dan Din.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia