Berita Harian

Seni tenun songket jana pendapatan

Suri rumah ambil peluang kukuh ekonomi sambil tingkat kemahiran berterusan

- Oleh Nor Hatina Shuib

Bagi menyahut gesaan kerajaan mahu wanita memperkasa­kan diri dalam bidang ekonomi dan menambah bilangan usahawan, ramai golongan hawa di negeri ini memanfaatk­an seni kemahiran tangan bagi tujuan terbabit.

Kediaman pengusaha songket, Zainab Mamat, 76, umpamanya sentiasa sibuk sebagai lokasi 12 suri rumah mencari pendapatan tambahan dan meningkatk­an kemahiran menenun songket.

Seawal jam 9 pagi, beberapa wanita di sekitar Kampung Bukit Depu, Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu, sudah menunggu di kawasan rumah pengusaha Terengganu Songket ini, sebelum melangkah masuk ke bengkel songket bagi menyiapkan tempahan pelanggan.

Masing-masing tekun dan nampak mahir menggunaka­n alat tenun dinamakan Kek Tenun kerana sudah berpengala­man lebih 10 tahun dalam bidang kraf itu.

Kebanyakan mereka memiliki alat tenun di rumah, tetapi sanggup bekerja di situ bagi mendapat ilmu tambahan daripada Zainab yang dianggap guru hebat dalam industri songket negara.

Harga upah dibayar berdasarka­n kepantasan menyiapkan sehelai kain tenunan songket.

Bagaimanap­un, upah diterima bukan setiap hari kerana tempoh masa menyiapkan sehelai kain tenun mengikut jenis dan motif yang kadang kala memakan masa selama berbulan lamanya.

Tambah pendapatan keluarga

Atas minat mendalam terhadap seni tenun songket, memantapka­n kemahiran seni tenun, selain waktu kerja lebih fleksibel membuatkan kebanyakan suri rumah di sekitar kawasan itu mengambil peluang bekerja di perusahaan itu sejak puluhan tahun lalu.

Penenun songket Terengganu, Norlida Abdullah, 47, antara yang merebut peluang ditawarkan pengusaha untuk menambah pendapatan keluarga.

“Saya sudah bekerja di sini selama 10 tahun. Walaupun cuma kerja sambilan, pendapatan diterima banyak membantu keluarga dan persekolah­an anak.

“Bagi sehelai kain tenun yang disiapkan, saya memperoleh pendapatan sekitar RM800,” katanya sempena Publisiti Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Kampungku dan Hari Kraf Kebangsaan, baru-baru ini.

Beliau berkata, pengalaman sepanjang bekerja di situ dimanfaatk­an beliau untuk membuka perusahaan sendiri suatu hari nanti.

“Majikan tidak lokek berkongsi ilmu dan kemahiran menenun songket dengan kaedah yang betul.

“Dengan pengalaman yang ada, tidak mustahil suatu hari nanti lebih ramai wanita dalam industri ini dan mencipta nama sebagai usahawan,” katanya.

Suri rumah, Rosmawati Mustafa Al Bakri, 37, berkata pendapatan sebanyak RM900 untuk sehelai songket diterima memang berbaloi, selain masa anjal untuk mengurus anak ke sekolah.

“Jadual kerja sangat membantu saya menambah pendapatan keluarga dan pada masa sama menguruska­n anak.

“Jadi, tiada masalah suri rumah membahagik­an masa dan memanfaatk­an kemahiran mereka,” katanya.

Usahawan muda songket, Faizah Zakaria, 26, berkata beliau sanggup belajar tenunan dengan Tokoh Kraf Negara 2002 itu kerana ia peluang keemasan untuk beliau mendapat ilmu secara percuma.

“Minat saya dalam bidang ini membuatkan saya tidak menghirauk­an rakan yang mengejek saya memilih bidang tidak popular dalam kalangan anak muda ini.

“Niat saya cuma menambah kemahiran sedia ada kerana sebelum ini pernah mengambil Diploma Kraftangan Institut Kraf Negara, Rawang.

“Selain menambah pendapatan, saya dapat mempelajar­i secara praktikal dan memahirkan kemahiran tangan untuk proses menenun secara langsung,” katanya .

Beliau adalah generasi ketiga dalam keluargany­a menjadikan tenunan songket sebagai sumber pendapatan.

Saya sudah bekerja di sini selama 10 tahun. Walaupun cuma kerja sambilan, pendapatan diterima banyak membantu keluarga dan persekolah­an anak” Norlida Abdullah, Penenun songket Terengganu

Jadual kerja sangat membantu saya menambah pendapatan keluarga dan pada masa sama menguruska­n anak. Jadi, tiada masalah suri rumah membahagik­an masa” Rosmawati Mustafa Al Bakri, Suri rumah

Minat saya dalam bidang ini membuatkan saya tidak menghirauk­an rakan yang mengejek saya memilih bidang tidak popular dalam kalangan anak muda” Faizah Zakaria, Usahawan muda songket

 ?? [FOTO ROZAINAH ZAKARIA/BH] ?? Zainab membantu pekerjanya menenun songket.
[FOTO ROZAINAH ZAKARIA/BH] Zainab membantu pekerjanya menenun songket.
 ??  ?? Zainab menunjukka­n antara songket tenun di bengkel perusahaan di Kuala Terengganu.
Zainab menunjukka­n antara songket tenun di bengkel perusahaan di Kuala Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia