Berita Harian

Pengajian pondok tetap relevan zaman moden

-

Di sebalik pelbagai sebab ibu bapa menghantar anak ke maahad tahfiz atau sekolah pondok, masih terdapat persepsi kebanyakan pelajar yang dihantar ke institusi berkenaan sama ada kerana bermasalah dan tidak pandai dalam akademik.

Pendakwah, Ayman al-akiti, berkata adalah kesalahan besar dan menyedihka­n jika ada yang beranggapa­n sedemikian kerana ternyata mereka melihat semuanya masalah keduniaan atau material sahaja.

Beliau turut menjelaska­n, konsep pengajian maahad tahfiz yang menumpukan kepada menghafaz al-quran tidak sama dengan sistem pondok yang mengajar serta mensyarahk­an kitab turath iaitu kitab lama atau disebut juga kitab kuning.

Katanya, pengajian pondok sangat relevan kepada masyarakat hari ini kerana mengetenga­hkan perkara utama perlu didalami pelajar iaitu, ilmu alat seperti nabu, saraf, balaghah, usul fiqh secara sepenuhnya.

“Jika ada orang pondok tidak mendepani ilmu alat, ia tidak dianggap sebagai pelajar pondok. Kita dapat lihat sekarang mereka yang mengambil dunia moden dan meninggalk­an ilmu turath memiliki kekurangan atau kecacatan dari segi ilmu alat.

“Ia akan membawa kepada natijah negatif terhadap ilmu yang dihasilkan akibat daripada tidak memiliki ilmu alat yang lengkap,” katanya.

Berjaya lahir ulama besar

Anak kelahiran Kuala Lumpur yang mengikuti pengajian pondok di Indonesia selama 13 tahun itu berkata, rasa tidak percaya terhadap pengajian pondok berpunca daripada apa yang dikatakan pepatah Melayu ‘tak kenal maka tak cinta’.

Beliau berkata, apabila sudah hidup dalam sistem pengajian pondok yang juga institusi tertua di Nusantara itu, mereka akan tahu bahawa pondok terbukti berjaya melahirkan ulama besar seperti di Indonesia.

“Pondok boleh menghasilk­an pelajar yang yang cekap dalam ilmu agama kerana mereka belajar ilmu alat seperti nahu, saraf, mantiq, usul fiqh, dari kitab ke kitab, dari awal sampai akhir berlafaz dan disyarahka­n.

“Ini semua di pondok sahaja yang ada dan di Indonesia, kebanyakan yang belajar di pondok adalah pelajar mendapat keputusan A yang keluar menjadi ulama hebat. Pondok mendapat perhatian contohnya, Pondok Lirboyo di Kediri kini mempunyai 18,000 pelajar,” katanya.

Katanya, kebiasaann­ya di Indonesia pelajar yang mengikuti pengajian pondok bermula dari usia 13 tahun, tetapi ada juga seawal sembilan tahun.

Betulkan persepsi

Ayman yang kini di peringkat akhir ijazah doktor falsafah (PHD) dalam jurusan akidah di Universiti al Qarawiyyin Maghribi dan bakal menjadi pelajar Malaysia pertama yang lulus PHD dari universiti tertua di dunia itu berharap persepsi terhadap pengajian pondok dapat diperbetul­kan.

“Pendidikan bukan di sekolah kebangsaan atau arus perdana sahaja kerana pendidikan adalah ilmu dan dalam kitab lama pun ada ilmu. Tidak semestinya kena belajar di universiti, ambil bidang untuk dapat kerja dan ada duit.

“Akhirnya, siapa nanti yang akan menduduki tempat penting untuk mengeluark­an fatwa atau membuat hukum. Perlu ada keseimbang­an dan kepercayaa­n bahawa pendidikan pondok boleh memberi manfaat besar kepada ummah,” katanya.

Bercita-cita menggabung­kan ilmu pondok dan akademik moden, anak bongsu daripada lima beradik itu berhasrat meneruskan legasi ulama Nusantara terdahulu yang mengarang buku dalam bahasa Arab.

Contohnya, ulama Indonesia dari Banten, Syeikh Nawawi al-jawi yang berhijrah ke Makkah, sempat mengaji dan mengajar di sana dan mengarang lebih 80 kitab dalam bahasa Arab yang menjadi rujukan orang Arab hingga hari ini.

Pendidikan bukan di sekolah kebangsaan atau arus perdana sahaja kerana pendidikan adalah ilmu dan dalam kitab lama pun ada ilmu” Ayman al-akiti, Pendakwah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia