Berita Harian

NASA

mahu cari planet seperti Bumi

-

Pentadbira­n Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) bersedia melancarka­n kapal angkasa bersaiz mesin basuh bernilai AS$337 juta (RM1.31 bilion), meluaskan pencarian planet di luar sistem suria yang mungkin menampung hidupan.

Satelit Peninjau Transit Exoplanet atau TESS, dilancarka­n jam 6.32 petang waktu tempatan semalam dengan roket Falcon 9 Spacex dari Cape Canaveral, Florida.

Matlamat utama untuk dua tahun akan datang ialah mengimbas lebih 200,000 bintang paling terang bagi kewujudan planet yang mengelilin­ginya dan berkelip secara terang dikenali sebagai transit.

NASA meramalkan, TESS akan menemui 20,000 exoplanet atau planet di luar sistem suria, termasuk lebih 50 bersaiz Bumi dan sehingga 500 lain kurang dua kali ganda saiz Bumi.

“Ia akan mengorbit bintang paling terang terhampir. Kita mungkin menemui planet yang mengorbit bintang dan boleh dilihat dengan mata kasar.

Bakal tamat operasi

“Beberapa tahun lagi kita mungkin boleh berjalan dan menuding ke arah bintang yang memiliki planet. Ini adalah masa depan,” kata saintis TESS di Pusat Penerbanga­n Angkasa Lepas Goddard, NASA, Elisa Quintana kepada media, kelmarin.

TESS direka susulan misi kapal angkasa lepas Kepler, kali pertama jenisnya dilancarka­n pada 2009. Kapal angkasa berusia itu kini kehabisan bahan api dan bakal tamat operasi.

Kepler menemui kumpulan besar exoplanet dengan memfokuska­n satu bahagian langit yang mengandung­i kira-kira 150,000 bintang seperti matahari.

Misi Kepler menemui 2,300 exoplanet disahkan dan ribuan lagi calon planet namun kebanyakan­nya terlalu jauh dan malap untuk dikaji dengan lanjut.

Tidak lama lagi kita mungkin boleh berjalan dan menuding ke arah bintang yang memiliki planet. Ini adalah masa depan” Elisa Quintana, Saintis TESS di Pusat Penerbanga­n Angkasa Lepas Goddard, NASA

 ??  ??
 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? TESS dipercayai mampu menemui planet yang mengorbit bintang dan boleh dilihat dengan mata kasar.
[ FOTO AGENSI ] TESS dipercayai mampu menemui planet yang mengorbit bintang dan boleh dilihat dengan mata kasar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia