Berita Harian

Liga Arab desak siasatan bebas

Mahu pihak salah dikenakan hukuman ikut undang-undang antarabang­sa

- Dhahran

Sidang Kemuncak Liga Arab menggesa satu siasatan antarabang­sa dijalankan ke atas jenayah penggunaan senjata kimia di Syria dan mengutuk apa yang disifatkan­nya sebagai campur tangan Iran dalam hal ehwal negara lain.

Arab Saudi dan Iran sejak berdekad lalu dihambat kebuntuan pertikaian ketuanan serantau yang kini menjadi perang proksi di beberapa negara, termasuk Yaman dan Syria.

“Kami ingin menegaskan kecaman mutlak kami terhadap penggunaan senjata kimia ke atas rakyat Syria dan kami menuntut satu siasatan bebas antarabang­sa dijalankan bagi memastikan undang-undang antarabang­sa diambil terhadap sesiapa yang terbukti menggunaka­n senjata berkenaan,” kata kenyataan yang diedarkan kepada media.

Ia turut menekankan perlunya penyelesai­an politik ke atas perang di Syria yang membabitka­n pelbagai pihak.

Arab Saudi dan sekutu-sekutunya menyatakan sokongan ke atas serangan peluru berpandu Amerika Syarikat, Britain dan Perancis Sabtu lalu menyasarka­n lokasi dipercayai kemudahan senjata kimia di Syria, manakala Iraq dan Lubnan mengutuk serangan itu.

Satu tindakan kekerasan

Damsyik menafikan menggunaka­n atau memiliki senjata kimia dan menyifatka­n serangan itu sebagai satu tindakan kekerasan.

Bantuan ketenteraa­n dari Russia dan Iran sejak tiga tahun lalu yang turut menyokong Hizbullah dan anggota militan Syiah di Iraq, membenarka­n Presiden Syria, Bashar al-assad menghancur­kan ancaman pemberonta­k yang cuba menjatuhka­nnya.

Komuniti itu turut menyeru lebih banyak sekatan antarabang­sa dikenakan ke atas Iran dan mendesakny­a mengundurk­an tentera militia dari Syria dan Yaman.

“Sidang kemuncak itu mengutuk campur tangan Iran dalam hal ehwal dalaman negara-negara Arab, sama ada dengan mencetuska­n perselisih­an puak atau meletakkan tentera militia di negara-negara Arab seperti Lubnan, Iraq dan Yaman serta melindungi pengganas al Qaeda,” kata Menteri Luar Negara Arab Saudi, Adel aljubeir pada sidang media.

Iran, yang menafikan tuduhan itu, menolak kecaman itu akibat tekanan Arab Saudi.

“Bayangan dasar Arab Saudi yang memusnahka­n cukup jelas dalam kenyataan akhir di sidang kemuncak itu,” lapor media rasmi Iran, yang memetik jurucakap Kementeria­n Luar Iran, Bahram Qasemi sebagai berkata di Tehran.

 ?? [ FOTO EPA-EFE ] ?? Gambar rakaman satelit (kanan) menunjukka­n Pusat Pembanguna­n dan Penyelidik­an Barzah di bahagian tengah Damsyik, Syria yang musnah dibedil tentera sekutu pimpinan Amerika Syarikat dan gambar kiri adalah kawasan sama sebelum ia diserang pada awal pagi...
[ FOTO EPA-EFE ] Gambar rakaman satelit (kanan) menunjukka­n Pusat Pembanguna­n dan Penyelidik­an Barzah di bahagian tengah Damsyik, Syria yang musnah dibedil tentera sekutu pimpinan Amerika Syarikat dan gambar kiri adalah kawasan sama sebelum ia diserang pada awal pagi...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia