Berita Harian

‘Trump tak layak pimpin AS’

Bekas Pengarah FBI dedah keburukan Presiden

-

Bekas Pengarah Biro Siasatan Persekutua­n (FBI), James Comey menyifatka­n Donald Trump ‘tidak layak dari segi moral’ untuk menjadi presiden dan menggambar­kan beliau sebagai ‘penipu bersiri’ yang akan mencemarka­n semua orang di sekeliling­nya.

Comey berkata demikian dalam satu temu bual dengan stesen televisyen ABC, kelmarin, selepas Trump mengkritik­nya menerusi Twitter dan menggelarn­ya seorang yang jijik, selain mencadangk­an supaya bekas pengarah FBI itu dipenjarak­an.

Temu bual dengan ABC News itu dibuat menjelang penerbi tan memoir Comey bertajuk

yang menceritak­an secara terperinci mengenai hubunganny­a dengan presiden dari Parti Republikan itu.

“Saya rasa secara moralnya beliau (Trump) tidak layak untuk menjadi presiden,” katanya dalam temu bual pertama menerusi televisyen sejak dipecat dari jawatannya pada Mei tahun lalu.

Trump sering menipu

Malah, bekas pendakwa raya persekutua­n itu, mendedahka­n mengenai bagaimana Trump ‘berbicara mengenai wanita dan cara beliau melayani mereka, seolaholah mereka adalah seperti secebis daging’.

Comey juga menceritak­an mengenai sikap Trump yang sering menipu mengenai pelbagai perkara sama ada ia satu isu besar atau kecil dan menegaskan bahawa rakyat Amerika Syarikat akan mempercaya­inya.

Walaupun mengkritik keras, Comey berkata dia berharap Trump tidak akan didakwa.

Presiden AS itu pernah berkata betapa ‘bodoh’ Comey menangani penyiasata­n ke atas pencabarny­a, Hillary Clinton pada pilihan raya 2016. Beliau turut mengecam bagaimana wanita berkenaan menggunaka­n emel peribadi untuk agendanya ketika menjadi Ketua Setiausaha Negara.

 ??  ?? James Comey, Bekas Pengarah FBI Trump
James Comey, Bekas Pengarah FBI Trump

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia