Berita Harian

OPCW rakam 390 kes sejak 2014

-

The Hague: Pertubuhan senjata kimia sedunia merakamkan lebih 390 insiden didakwa membabitka­n penggunaan senjata kimia beracun di Syria sejak 2014.

Duta Britain ke Belanda, Peter Wilson berkata demikian pada mesyuarat Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW), sekali gus menggesa negara anggota pertubuhan itu supaya mengambil tindakan bersama bagi menangani masalah itu.

Maklum balas itu dibuat pada sesi khas mesyuarat tertutup OPCW di sini, yang diadakan bagi membincang­kan isu serangan di Douma, Syria pada 7 April lalu.

“Sudah tiba masanya untuk semua negara yang menganggo tai Majlis Eksekutif ini untuk mengambil satu pendirian bersama.

Moscow tidak campur tangan

“Ahli majlis ini mempunyai pelbagai tanggungja­wab yang perlu dilaksanak­an.

“Jika ahli majlis gagal bertindak ke atas pihak yang bertanggun­gjawab terhadap serangan itu, ia akan membolehka­n senjata kimia terus digunakan secara berleluasa di Syria dan lainlain negara,” kata Wilson.

Sementara itu, Moscow memberi jaminan untuk tidak campur tangan dalam misi OPCW bagi menyiasat insiden serangan senjata kimia di Douma.

 ??  ?? Warga Syria keluar membuat bantahan di Dataran Umayyad, semalam sebagai tanda tidak puas hati terhadap Amerika Syarikat dan tentera sekutu menyerang negara mereka.
Warga Syria keluar membuat bantahan di Dataran Umayyad, semalam sebagai tanda tidak puas hati terhadap Amerika Syarikat dan tentera sekutu menyerang negara mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia