Berita Harian

7 pelajar maut dihempap tembok

-

Jakarta: Tujuh pelajar maut manakala empat lagi cedera selepas dihempap tembok usang setinggi 20 meter ketika melakukan latihan tarian dalam kejadian di Jawa Barat, Indonesia.

Portal Sindonews melaporkan, mangsa yang maut membabitka­n pelajar sekolah menengah rendah dan polis masih mencari mayat salah seorang daripada mereka.

Pencarian mangsa dilakukan

Seorang penduduk, Karyana berkata, mangsa hadir menjalani latihan tarian di studio Dalang Hemran kira-kira jam 11 pagi semalam sebelum tembok batu itu tiba-tiba runtuh.

Beberapa anggota polis yang bergegas ke tempat kejadian, turut dibantu penduduk untuk mencari mangsa di bawah runtuhan berkenaan.

Sehingga kini, anggota gabungan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan polis masih meneruskan usaha itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Arjawinang­un manakala mangsa yang cedera menerima rawatan di pusat kesihatan berhampira­n.

Manakala Metrotvnew­s yang memetik Ketua Polis Cirebon, Risto Samodra berkata, ia adalah tembok bangunan usang yang menempatka­n sarang burung walit.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Orang ramai dan petugas penyelamat dipercayai tertimbus. membantu mencari mangsa yang
[ FOTO AGENSI ] Orang ramai dan petugas penyelamat dipercayai tertimbus. membantu mencari mangsa yang
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia