Berita Harian

Trofi ke-7 Juventus kian hampir

Gelaran juara mungkin boleh disahkan esok atau Ahad ini

-

Juventus semakin hampir menjulang trofi ketujuh berturut-turut gelaran Serie A selepas menewaskan Sampdoria 3-0 semalam, sekali gus menjarakka­n kedudukan enam mata di depan Napoli yang kecewa dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang AC Milan.

Kejuaraan mungkin boleh diputuskan pada Ahad ini, apabila Juventus dan Napoli bertembung pada aksi dua pasukan teratas liga di Turin.

Malah ia mungkin mampu dikecap lebih awal oleh Juventus sekiranya mampu menang ke atas Crotone esok dan dalam masa sama Napoli pula tewas kepada Udinese di laman sendiri.

“Napoli mengharung­i kempen yang penuh sensasi. Mereka masih berada di sana dan saya rasa dua perlawanan akan datang ini adalah menjadi penentuan bagi Scudetto,” kata jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri.

Costa tunjang kejayaan

“Kami sudah pasti bukanlah pasukan pilihan bagi memenangi Scudetto. Saya rasa mahu berterima kasih kepada semua kerana bukan mudah untuk memenangi seperti ini selepas pengalaman menyedihka­n di Liga Juara-juara.”

Juventus menunjukka­n mereka sudah melupakan apa yang terjadi dalam saingan Liga Juara-juara selepas tewas kepada Real Madrid minggu lalu apabila penonton mereka meletakkan kain rentang “Kami bangga dengan anda” dan tepukan buat kapten, Gianluigi Buffon yang dibuang padang di Madrid.

Pemain Brazil, Douglas Costa adalah kunci kejayaan perlawanan selepas masuk daripada bangku simpanan bagi menggantik­an Miralem Pjanic dengan membantu semua tiga jaringan.

“Douglas Costa memang mahu dimasukkan, bukanlah seawal itu tetapi ia adalah sebahagian daripada perancanga­n,“kata Allegri.

“Kami bermain dengan penuh fokus, tenang dan bijak. Kemudian Pjanic melakukan selebihnya! Dia mengalami kecederaan paha dan lebih baik baginya untuk dikeluarka­n.” AFP

 ?? [ FOTO EPA ] ?? Pemain Juventus raikan kemenangan 3-0 selepas perlawanan Serie A antara Juventus FC dan UC Sampdoria di Turin.
[ FOTO EPA ] Pemain Juventus raikan kemenangan 3-0 selepas perlawanan Serie A antara Juventus FC dan UC Sampdoria di Turin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia