Berita Harian

Saya dalam bencana: Hamilton

-

Shanghai: Lewis Hamilton mengakui dia tidak berada dalam prestasi terbaik ketika saingan Grand Prix China yang dilabelnya sebagai ‘bencana’.

Pemandu Mercedes itu menambah12 mata kelmarin sekali gus memecahkan rekod sebagai pelumba yang berjaya memungut mata sejak 28 perlumbaan yang lalu.

Rekod lama sebelum ini dipegang Kimi Raikkonen dengan 27 perlumbaan (pada 2012-2013).

“Saya tidak berada dalam prestasi terbaik. Saya tidak mendapat kepantasan yang saya mahukan, jadi saya hanya kekal dengan apa yang saya ada,” kata pemandu Mercedes itu.

“Saya mempunyai tayar lama dan menggunaka­nnya.”

Pertarunga­n sengit

Pemandu Britain itu menamatkan saingan di tempat kelima tetapi naik satu tangga ke tempat keempat selepas penalti 10 saat dikenakan ke atas pemandu Red Bull, Max Verstappen susulan pelanggara­n dengan Sebastian Vettel.

Kedudukan itu memberikan Hamilton peluang untuk merapatkan jurang sembilan mata dengan Vettel yang sebelum ini mendahului selesa dengan 17 mata, dengan pemandu Ferrari itu menamatkan saingan di tempat kelapan.

“Ini adalah bencana di pihak saya, jadi saya perlu cuba dan memperbaik­inya serta mengembali­kan semula prestasi, atau lebih banyak mata berharga akan hilang.” AGENSI

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Hamilton pada aksi Grand Prix China Formula Satu di Shanghai kelmarin.
[ FOTO AFP ] Hamilton pada aksi Grand Prix China Formula Satu di Shanghai kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia