Berita Harian

Wenger sifatkan EPL mundur tanpa VAR

-

London: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyifatka­n keputusan Liga Perdana Inggeris (EPL) melambatka­n penggunaan sistem video bantuan pengadil (VAR) seakan membiarkan liga yang menjadi tumpuan utama dunia itu mengundur selangkah ke belakang.

Sebanyak 20 pasukan yang mengundi membantah penggunaan sistem berkenaan untuk musim 2018/19 selepas keputusan dalam tempoh percubaan dalam pertanding­an piala yang menimbulka­n banyak pandangan berbeza.

“EPL dicipta oleh individu yang mempunyai pemikiran progresif,” kata Wenger selepas pasukan kendaliann­ya tewas 1-2 di tangan Newcastle, malam semalam.

Pemain muda sudah biasa

“Secara keseluruha­nnya, saya percaya yang keputusan itu meletakkan kami terkebelak­ang daripada yang lain di dunia.

“Generasi muda sudah biasa (dengan VAR) dan secara keseluruha­nnya mereka mungkin sudah jauh daripada kami kerana mereka sudah menyaksika­nnya di negara lain melakukann­ya.

“Malangnya, EPL sekali lagi memutuskan tidak akan menggunaka­n VAR dan secara peribadi saya percaya yang ia satu keputusan yang teruk,” kata Wenger.

“Setiap perlawanan penting musim ini terdapat beberapa kesilapan pengadilan dan ia mungkin dapat dielakkan menerusi VAR, terutamany­a dalam saingan Liga JuaraJuara antara Manchester City dan Liverpool.”

Arsenal seterusnya dijadual melayan kunjungan West Ham, Ahad ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia