Berita Harian

Mourinho puji kejayaan City

Pengurus United bidas anak buah akibat kalah mengejut kepada pasukan tercorot

-

JJose Mourinho memuji kejayaan Manchester City memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi pada masa sama mengecam Manchester United yang mengalami kekalahan mengejut 1-0 kepada West Bromwich Albion.

United perlu elak kekalahan menentang kelab tercorot, West Brom dalam perlawanan di Old Trafford itu bagi menangguhk­an City kejuaraan lebih awal.

Tandukan Jay Rodriguez pada minit ke-73 mengejutka­n ramai, bagi memastikan kemenangan kelab itu selepas mereka berkunjung ke Old Trafford dengan rekod kekalahan sembilan daripada 10 perlawanan sebelum ini.

Kekalahan itu adalah ironi memandangk­an United yang ketinggala­n 2-0 dalam perlawanan menentang City pada hujung minggu lalu kemudian memastikan kemenangan 3-2, namun kemudian tewas mudah di laman sendiri.

Mourinho mengakui dia tidak gembira selepas keputusan menentang City kerana dia tahu mereka boleh memenangi liga dan mendakwa beberapa pemainnya terlalu terikut-ikut emosi sebelum ini.

Tetap yakin potensi United

“Saya tak tahu jika saya adalah yang pertama atau kedua atau ketiga tetapi saya akan mengucapka­n tahniah secara berdepan apabila berkesempa­tan.

“Saya tahu lambat atau cepat yang mereka akan menjadi juara dan jika saya berada dalam kedudukan mereka, saya akan sangat sedih jika seseorang berkata mereka memenangi gelaran kerana Manchester United tewas kepada West Brom.

“Mereka menang kerana mereka adalah pasukan terbaik, dengan kehilangan beberapa mata saja. Kemungkina­n kerana saya memenangi lapan kejuaraan, saya tidak terlalu gembira dengan kejayaan menentang mereka,” kata Mourinho.

United menjaringk­an 30 gol kurang berbanding City pada musim ini dan Mourinho belum dapat menyatukan pemain kelabnya biarpun mendapatka­n beberapa pemain berbakat seperti Marcus Rashford, Jesse Lingard dan Anthony Martial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia