Berita Harian

MFL mahu ‘tendang keluar’ Kuantan FA

Penyertaan dalam saingan Liga Perdana musim ini mungkin dibatalkan

-

musim ini.

Berdasarka­n kenyataan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), mereka memandang serius perkara itu dan bersedia mengenakan hukuman berat dengan membatalka­n penyertaan pasukan terbabit.

“Sekretaria­t MFL akan memajukan perkara ini kepada Lembaga Pengarah MFL untuk membatalka­n penyertaan Kuantan FA dan sudah pasti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga akan memberi hukuman yang setimpal terhadap mereka.

“Hukuman yang sewajarnya bakal menyusul bukan setakat kepada pasukan terbabit malah kepada individu yang terbabit bagi memastikan mereka tidak menceburka­n diri dalam bola sepak tempatan lagi,“kata MFL, semalam.

Mengulas lanjut mengenai masalah tunggakan gaji selama tiga bulan yang dihadapi pasukan itu, sekali gus menjadi punca pemain tidak mahu beraksi, MFL menegaskan pihaknya sudah berlaku adil kepada pemain dan juga pegawai apabila membayar gaji sebulan menerusi geran pasukan bagi musim ini.

Terima jaminan kosong

“Bantuan ini diberikan dengan harapan ia dapat memberi peluang kepada pengurusan pasukan untuk menyelesai­kan masalah ini dan terus mengharung­i liga.

“MFL turut menerima banyak jaminan di mana mereka akan menyelesai­kan semua masalah dengan penajaan baharu yang akan masuk. Namun, ia tetap gagal dan satu keputusan harus dimuktamad­kan,” katanya.

Terdahulu, aksi Liga Perdana membabitka­n PDRM dan Kuantan FA yang sepatutnya berlangsun­g di Stadium Shah Alam dibatalkan susulan kegagalan pemain skuad The Seagulls itu untuk hadir ke stadium sehingga perlawanan dimulakan.

Insiden itu menyaksika­n pengadil mengesahka­n perlawanan tidak dapat dilangsung­kan tepat jam 9 malam dan PDRM diberi kemenangan 3-0 sekali gus meraih tiga mata percuma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia