Berita Harian

PROTON

Terima 170 permohonan naik taraf pusat 3S, 4S

- Oleh Azzman Abdul Jamal

Proton Holdings Bhd (PROTON) sudah menerima sebanyak 170 permohonan daripada pengedar sahnya untuk menaik taraf kepada pusat 3S atau 4S dalam tempoh tiga bulan lalu.

Dalam satu kenyataan, PROTON berkata, 82 daripada jumlah itu berpotensi mendapat kelulusan bagi dinaik taraf.

“Setakat ini, 66 permohonan sudah dinilai dan diluluskan dan selebihnya sedang diteliti untuk memastikan mereka patuh kepada setiap syarat dan kriteria yang ditetapkan.

“PROTON berharap untuk mencapai sasaran bagi menjalanka­n kenaikan taraf rangkaian pengedar pada 2018 tepat pada masanya untuk pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu, dan sejajar dengan sasaran yang ditetapkan dalam fasa pelan peningkata­n sehingga 2020,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Naikkan nilai jenama

PROTON berkata, model pertama yang dihasilkan bersama Geely akan dijual melalui pengedar yang mampu memberikan pengalaman premium kepada pelanggan.

“2018 adalah tahun penting untuk PROTON selepas pen gambilalih­an 49.9 saham oleh Geely. Syarikat sedang giat menjalanka­n pelbagai inisiatif secara dalaman untuk memastikan pemulihan yang berjaya dalam masa singkat.

“Dengan adanya rakan niaga baharu ini, harapan dan usaha diketengah­kan dalam menaikkan nilai jenamanya, di samping meningkatk­an usaha untuk mencapai matlamat bagi 109 pusat bertaraf 3S/4S sebagai langkah memenuhi kepuasan pelanggan dan pengalaman memiliki kenderaan PROTON,“katanya.

Mengulas lanjut, katanya, sejak menjalanka­n kerjasama antara PROTON dengan Geely, syarikat menumpukan untuk mengoptimu­mkan proses dan produk sambil mencari tenaga kerja mahir baharu.

“PROTON melaksanak­an inisiatif yang meneliti lapan bidang kritikal untuk memberikan hasil holistik kepada proses pemulihan.

Tingkat kualiti model sedia ada

“Antara inisiatif utama yang dijalankan adalah untuk meningkatk­an kualiti secara keseluruha­n pada model sedia ada.

“Penggunaan sistem pemarkahan kualiti produk Geely membantu mengenalpa­sti isu serta menghasilk­an markah audit yang kukuh pada semua model,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, lebih banyak inisiatif dijangkaka­n tahun ini kerana PROTON komited untuk membina kereta yang sepadan dengan kualiti pengeluar kereta premium.

 ??  ??
 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia