Berita Harian

Pelabur asing terus beli saham tempatan

-

Pelabur asing terus membeli saham yang disenaraik­an di Bursa Malaysia, dengan pembelian berjumlah RM324.7 juta minggu lalu, kata MIDF Research.

Firma penyelidik­an itu berkata, ia kali kelapan pada tahun ini paras pembelian pelabur asing melebihi RM300 juta.

Pelabur global membuat permulaan kukuh pada minggu lalu apabila mereka membeli sejumlah bersih RM188.3 juta saham tempatan pada Isnin.

Ia juga jumlah harian terbesar yang dibeli sepanjang minggu lalu, sejajar dengan kenaikan 12.7 mata di FBM KLCI apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghantar tweet bagi menzahirka­n keyakinann­ya terhadap hubungan As-china yang meredakan kebimbanga­n mengenai perang perdaganga­n.

Aliran masuk modal sedikit perlahan

Aliran masuk modal asing sedikit perlahan pada hari berikutnya berjumlah RM131 juta.

Rabu pula menyaksika­n aliran keluar bersih sebanyak RM27.4 juta, di tengahteng­ah meningkatn­ya ketegangan terhadap Syria, yang membayangi berikutan jumlah dagangan di Bursa Malaysia melepasi empat bilion saham susulan pengumuman tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada hari sebelumnya.

Pelabur asing kemudianny­a kembali ke Bursa Malaysia pada Khamis dan Jumaat, namun pada paras yang lebih rendah masing-masing sebanyak RM17.5 juta dan RM15.3 juta.

MIDF berkata, Malaysia dan Korea adalah pasaran saham serantau yang merekodkan aliran masuk modal asing pada Khamis dan Jumaat.

Berdasarka­n jumlah setakat tahun ini, pelabur asing setakat ini sudah membuat pembelian bersih RM2.85 bilion saham di Bursa Malaysia.

“Dalam masa sama, pelabur asing muncul pembeli bersih 12 daripada 15 minggu pada 2018, berbanding 13 minggu sepanjang tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Ia berkata, penyertaan pelabur dan runcit kekal teguh ketika kedua-dua nilai purata dagangan harian (ADTV) mencecah paras lebih RM1 bilion minggu lalu.

Tenaga Nasional Bhd mencatatka­n aliran masuk bersih tertinggi sebanyak RM15.66 juta minggu lalu, diikuti oleh Public Bank Bhd (RM12.05 juta) dan CIMB Group Bhd (RM10.44 juta).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia