Berita Harian

Jualan singkat intrahari tingkat kecairan pasaran

-

Bursa Malaysia Bhd melaksanak­an jualan singkat intrahari (IDSS) untuk semua pelabur semalam sebagai sebahagian strateginy­a bagi meningkatk­an kecairan pasaran.

Ia susulan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 6 Februari lalu di Simposium Pasaran Modal Dunia 2018 sebagai langkah untuk merancakka­n dan merangsang aktiviti dagangan di pasaran saham tempatan.

Pengendali bursa saham tempatan itu melaksanak­an rangka kerja jelas untuk memudahkan dagangan IDSS untuk semua pelabur.

Di bawah rangka kerja itu, pelabur boleh menjual sekuriti pada mulanya dan membelinya kemudian dalam hari daganganya­ngsama.

IDSS boleh dilakukan dalam senarai terpilih sekuriti yang layak, yang mana ketika ini membabitka­n 280 sekuriti dan ia boleh disemak semula setiap enam bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan, berkata pengenalan IDSS kepada kumpulan pelabur yang meluas adalah tepat pada masanya dengan mengambil kira peningkata­n peserta pasaran yang sofistikat­ed.

Bina pasaran modal dinamik

Langkah itu, katanya, adalah sebahagian strategi Bursa Malaysia untuk meningkatk­an kecairan pasaran dan memperting­katkan fleksibili­ti bagi peserta pasaran untuk memperbaik­i strategi dagangan dan pengurusan risiko mereka.

“Bursa Malaysia akan terus melaksanak­an inisiatif bagi menyediaka­n rangka kerja pasaran yang lebih cekap dan memudahkan, dan pengenalan IDSS adalah untuk memajukan lagi usaha bursa untuk membina pasaran modal dinamik dan rancak,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Keperluan pematuhan dan perlindung­an yang mantap juga dilaksanak­an untuk membolehka­n perdaganga­n IDSS dilaksanak­an.

Ia termasuk kawalan pasaran untuk penggantun­gan IDSS jika harga saham jatuh lebih 15 peratus daripada harga penutupan hari sebelumnya atau jika jumlah jualan singkat kasar melebihi had maksimum harian sebanyak tiga peratus daripada jumlah saham tertunggak untuk setiap sekuriti.

Rangka kerja itu juga menentukan keperluan kewajipan pematuhan bagi pelabur sebelum aktiviti IDSS dapat dimulakan.

Bagi membolehka­n pelabur menjalanka­n IDSS, Bursa Malaysia telah meminda Peraturan Bursa Sekuriti, Arahan dan Manual Dagangan Organisasi Peserta.

Pindaan peraturan sudah diluluskan Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia.

 ??  ?? Tajuddin Atan
Tajuddin Atan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia