Berita Harian

Pembinaan HSR di Singapura bermula 2019

-

Pihak Berkuasa Pengangkut­an Darat Singapura (LTA) membuka tender bagi reka bentuk dan pembinaan terowong serta kemudahan berkaitan di bahagian negara itu bagi Projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR) Kuala Lumpursing­apura, lapor akhbar The Straits Times.

Menurut edisi dalam talian akhbar itu, pembinaan dijangka bermula pada tahun depan.

“Kami membuka tender bagi reka bentuk dan pembinaan terowong berkembar dan kemudahan berkaitan pada 6 April, manakala reka bentuk dan pembinaan terowong tertutup menuju terminal Jurong East pada 11 April,” kata laporan media itu yang memetik seorang jurucakap LTA.

Menurut laporan itu, terowong berkenaan akan dibina menggunaka­n mesin khas pengorek terowong iaitu kaedah sesuai bagi usaha mengorek bawah tanah yang kurang menjejaska­n kemudahan, bangunan dan struktur di bahagian permukaan.

Kurangkan masa perjalanan 90 minit

Secara perbanding­annya, terowong termasuk jenis tertutup itu dibina dengan menggunaka­n struktur sedia ada, manakala kerja pengorekan dijalankan secara berperingk­at dan lebih sesuai untuk jarak dekat dan di kawasan terbuka dengan tidak banyak kemudahan, bangunan dan struktur di permukaann­ya.

Tambahan pula, terowong tertutup juga lebih sesuai bagi struktur bawah tanah lebih besar seperti terowong menuju terminal Jurong East, kata laporan itu.

Menurut LTA, baki tender sivil lainnya akan dibuka pada bulanbulan akan datang dan pembinaann­ya dijangka bermula pada tahun depan.

“Rancangan untuk memulakan perkhidmat­an ekspres Kuala Lumpursing­apura menjelang 2026 adalah mengikut jadual,” kata jurucakap itu.

Laluan HSR Kuala Lumpursing­apura sejauh 350kilomet­er itu dijangka dapat mengurangk­an tempoh perjalanan antara dua destinasi itu kepada 90 minit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia