Berita Harian

Ekuinas belanja RM330 juta beli kepentinga­n Flexi Versa

Asas kukuh FVG pikat pembabitan dalam industri EMS

- Oleh Shahrizan Salian

Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) memulakan pembabitan di dalam industri perkhidmat­an pembuatan elektronik (EMS), dengan membeli kepentinga­n kawalan di dalam pengeluar komponen turnkey tempatan, Flexi Versa Group Sdn Bhd (FVG) bernilai kira-kira RM330 juta.

Perniagaan FVG bermula pada 1994, manakala syarikat pegangan pelaburan ditubuhkan pada 2013 bagi memacu visi pengurusan mewujudkan sebuah kumpulan EMS.

Dalam tempoh beberapa tahun, syarikat berkenaan melakar beberapa pencapaian penting di dalam perniagaan­nya.

FVG kini mengendali­kan tujuh kilang di Malaysia dan dua kilang di luar negara. Ia juga menjadi pengeluar kontrak Tahap 1 dan Tahap 2 kepada jenama elektronik pengguna global utama seperti Sony, Panasonic, Onkyo, Sony, Dyson dan JVC Kenwood.

Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir, berkata strategi pelaburann­ya adalah untuk mengenal pasti syarikat Malaysia yang mantap dan berpotensi tinggi, dengan keinginan untuk berkembang di peringkat serantau.

Katanya, asas kukuh FVG dan potensi pasarannya adalah faktor utama dalam proses Ekuinas membuat keputusan.

“Trek rekod kewangan dan keupayaan operasinya, khususnya kemampuann­ya untuk berintegra­si dengan pelbagai entiti serta merangka strategi, mencermink­an kedudukann­ya yang kukuh dengan pendapatan kira-kira RM300 juga, selain bertindak sebagai asas pertumbuha­n di peringkat serantau dan tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kedudukan FVG diperkukuh­kan lagi dengan keupayaan pengeluara­n syarikat yang meluas, kehadiran di peringkat serantau dan kapasiti sedia ada bagi menyokong arah pertumbuha­n.

Kehadiran syarikat itu di empat negara ASEAN, iaitu Singapura, Indonesia, Vietnam dan malaysia memberikan­nya kelebihan untuk memanfaatk­an kedudukan negara berkenaan sebagai hab pengeluara­n bagi produk automotif serta elektrik dan elektronik.

Syed Yasir Arafat berkata, pengalaman operasi keseluruha­n pengurusan kanan FVG adalah penting semasa Ekuinas membuat penilaian.

Pengalaman mereka untuk menukar sebuah perniagaan yang rugi kepada menguntung­kan benar-benar ditunjukka­n melalui trek rekod syarikat itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FVG, Chng Boon Huei, berkata kerjasama dengan Ekuinas mencermink­an matlamat serupa kedua-dua pihak iaitu mengembang­kan perniagaan di peringkat serantau.

“Mereka akan memainkan peranan penting membantu kami membentuk institusi entiti, mengembang­kan portfolio pelanggan dan meletakkan syarikat ini sebagai pengeluar komponen dan turnkey yang versatil.

“Justeru, saya yakin ini akan membuka lembaran baharu pertumbuha­n dan membolehka­n kami berkembang serta memainkan peranan lebih besar dalam mereka bentuk, mengeluar dan membangunk­an produk pelanggan,” katanya.

 ??  ?? Syed Yasir Arafat
Syed Yasir Arafat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia