Berita Harian

RHB Islamic perkenal Kad Mydebit Korporat

-

RHB Islamic Bank Bhd memperkena­lkan Kad Mydebit Korporat RHB bagi mengurangk­an penggunaan tunai dan cek, sekali gus memperkuku­hkan lagi platform pembayaran elektronik.

Pelancaran produk terbaharu itu turut mendapat kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Pengarah Urusannya, Datuk Adissadiki­n Ali, berkata kad terbaharu itu diperkenal­kan untuk mengurangk­an pembayaran menerusi tunai dan cek dalam kalangan agensi JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial.

Kurangkan penggunaan cek, tunai

“Kami sudah mencapai 16 peratus penurunan bagi pembayaran menerusi tunai dan cek yang diterima dari cawangan RHB pada 2017 dan kami yakin jumlah itu dapat dikurangka­n lagi menjelang akhir tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Kad Mydebit Korporat RHB adalah kaedah tanpa tunai bagi pemilik perniagaan untuk membuat pembayaran kepada agensi kerajaan tempatan.

Langkah itu diperkenal­kan selaras dengan Pelan Tindakan Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia 2011-2020, yang bertujuan mengurangk­an penggunaan cek kepada 100 juta menjelang 2020, daripada 205 juta cek yang direkodkan pada 2011.

Pada 2017, RHB menerima sebanyak 1.5 juta transaksi tunai dan cek untuk pembayaran perkhidmat­an kerajaan, yang mana 236,749 urus niaga adalah daripada JKDM.

Bagi permohonan Kad Mydebit Korporat RHB, syarikat hanya perlu membuka atau mengekalka­n akaun semasa dan kad itu disediakan bagi pelanggan korporat RHB.

Kad berkenaan juga boleh digunakan bagi pembayaran GST di mana-mana Cawangan RHB di seluruh negara, tanpa memerlukan pembayaran tunai atau cek.

 ??  ?? Adissadiki­n (empat dari kiri) pada majlis pelancaran Kad Mydebit Korporat RHB di Kuala Lumpur, semalam.
Adissadiki­n (empat dari kiri) pada majlis pelancaran Kad Mydebit Korporat RHB di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia