Berita Harian

Syarikat terkemuka fokus perbelanja­an media sosial

Saluran berkesan promosi nilai jenama, pikat pengguna

- Oleh Amir Hisyam Rasid

Syarikat terkemuka didapati kurang memperuntu­kkan perbelanja­an kepada kos pemasaran, sebaliknya lebih memfokuska­n perbelanja­an menerusi pendekatan media sosial.

Contohnya, Celcom Axiata yang mengurangk­an perbelanja­an pada 2016, dengan beralih daripada pemilihan selebriti dari luar negara kepada medium media sosial dengan mengetenga­hkan nilai Malaysia yang berkait dengan nilai jenama syarikat.

Bagi Hari Kemerdekaa­n dan Hari Malaysia 2017, Celcom memaparkan dua filem pendek yang menceritak­an keharmonia­n kaum, seperti yang sering ditekankan bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.

Kempen berkenaan dikenali sebagai ‘Celcom Merdeka Integrated’.

Pengarah Perancanga­n Strategik M&C Saatchi (agensi pemasaran bagi Celcom), Chia Mei Yeng, berkata filem pendek itu masingmasi­ng berjaya meraih lebih dua juta tontonan, tertinggi pada Ogos tahun lalu.

Berhubung dengan sasaran pasaran

“Hasil daripada kempen itu juga Celcom mendapatka­n bahagian pasaran lebih tinggi dalam nilai jenama pada separuh kedua tahun lalu,” katanya.

Memetik kenyataan Kantar NTS menerusi kajian kesihatan jenamanya, Mei Yeng berkata, Celcom sebelum ini kehilangan lima mata dalam bahagian pasaran, di belakang Maxis dan Digi.

“Bagi mengelak prestasiny­a terus menurun, adalah penting bagi Celcom untuk terus berhubung dengan sasaran pasaran.

“Tidak perlu sebarang usaha keras dilakukan kerana jenama berkenaan sudah sedia dinyatakan dalam video berkenaan. Ia sudah cukup memaparkan nilai rakyat di Malaysia yang termasuk dengan keterangku­man dan perpaduan dan itu adalah cara sebenar untuk kita menggambar­kan nilai jenama yang baik,” katanya pada ‘Celcom Merdeka Integrated’ di Appies 2018, di Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini katanya, Celcom menggunaka­n selebriti dari luar negara untuk menaikkan jenamanya, dengan memperuntu­kkan kos tinggi dalam pemasaran, tetapi akhirnya ia memperliha­tkan Celcom seperti kehilangan relevan.

Gabung platform bawah satu jenama

Bagi Telekom Malaysia Bhd (TM) pula, syarikat itu menyatukan semua platformny­a di bawah satu jenama tanpa perlu berbelanja besar kerana melihat pembabitan pengguna adalah lebih tinggi daripada strategi.

Eksekutif Pemasarann­ya, Eelynn Kong, berkata TM mengubah jenamanya dari jalur lebar Unifi, Hypptv dan webe kepada jenama tunggal dikenali sebagai Unifi, sekali gus menjadikan­nya sebagai aplikasi mudah alih pertama.

“Bagi menjadi pengguna sebagai sebahagian daripada jenama, penyatuan semua platform kami di bawah satu jenama membantu memudahkan pengguna dan dengan cara ini, Unifi akan lebih menonjol serta lebih dikenali daripada kalangan pengguna,” katanya.

Lebih 200 delegasi daripada pelbagai industri menghadiri Appies 2018, yang diadakan dua hari berakhir hari ini. Turut dibentangk­an 44 hasil kajian mengenai pemasaran yang merangkumi enam kategori industri.

 ?? [ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH ] ??
[ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia