Berita Harian

EMAS

-

Harga emas meningkat semalam berikutan pembelian meningkat menyusuli serangan peluru berpandu dari udara yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Syria.

Bagaimanap­un, keuntungan menjadi terhad berikutan kemungkina­n operasi ketenteraa­n itu mungkin hanya berlaku sekali.

Emas spot naik 0.2 peratus pada AS$1,347.84 satu auns selepas susut pada permulaan dagangan.

Niaga hadapan emas AS pula meningkat 0.2 peratus kepada AS$1,350.60 satu auns.

Tentera dari AS, Britain dan Perancis menyerang ruang udara Syria pada awal Sabtu lalu dalam campur tangan terbesar oleh kuasa Barat terhadap Presiden Syria, Bashar al-assad sebagai tindak balas terhadap penggunaan senjata kimia oleh rejim berkenaan.

Setiausaha Pertahanan AS, Jim Mattis menggelar serangan berkenaan sebagai ‘hanya satu serangan’ tetapi Trump meningkatk­an prospek serangan akan datang boleh berlaku jika kerajaan Assad kembali menggunaka­n senjata kimia.

Pengarah Urusan Goldsilver Central di Singapura, Brian Lan berkata, harga emas cenderung kepada peningkata­n dalam jangka pendek kerana emas masih dilihat sebagai aset selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia