Berita Harian

RINGGIT

-

Ringgit meneruskan penyusutan Jumaat lalu dan ditutup rendah berbanding dolar AS semalam susulan minat belian yang lemah, menjejaki sentimen serantau yang terus dibelenggu ketegangan geopolitik dan perdaganga­n, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit disebut harga pada 3.8865/8905 berbanding 3.8785/8815 pada penutupan Jumaat.

Ketua Pedagang OANDA AsiaPasifi­k, Stephen Innes, berkata pasaran bon dan mata wang dijangkaka­n kekal lengang, namun didagangka­n defensif menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Kami menjangkak­an ringgit mengukuh dan bergerak pada paras lebih tinggi dalam jangka terdekat pada julat antara 3.88 hingga 3.90 berbanding dolar,” kata Innes.

Ringgit didagangka­n rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9634/9669 berbanding 2.9573/9603 pada Jumaat, rendah berbanding yen kepada 3.6251/6292 daripada 3.6042/6080 Jumaat lalu.

Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 4.8049/8110 daripada 4.7837/7878 minggu lalu dan berbanding pound British, nota tempatan itu susut kepada 5.5585/5646 daripada 5.5393/5451 sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia