Berita Harian

TIMAH

-

Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) kekal pada AS$20,980 (AS$1=RM3.88) satu tan pada Jumaat lalu susulan kekurangan petunjuk pasaran, kata peniaga.

Katanya peniaga mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ berhubung kemungkina­n impak daripada pengumuman global yang boleh mempengaru­hi pasaran.

“Peniaga berhati-hati mengenai isyarat Presiden AS Donald Trump bahawa AS mungkin menyertai semula Perjanjian Perkongsia­n Trans-pasifik.

Beliau berkata, harga timah di Bursa Logam London meningkat AS$175 kepada AS$21,075 satu gram.

Di peringkat tempatan, bidaan sebanyak 31 tan dan penawaran 30 tan, dengan penyertaan dari China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Jerman, United Kingdom, Bangladesh dan Pakistan.

Jumlah dagangan di PTKL merosot kepada 30 tan daripada 42 tan pada Jumaat lalu dan harga pada diskaun AS$95 dengan premium AS$80.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia