Berita Harian

Penyokong BN tak pilih pemimpin keluar parti

-

Kota Kinabalu: Penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mungkin membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanya berdasarka­n mana-mana pemimpin yang meninggalk­an parti dan menyertai pembangkan­g.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata di sebalik ada pemimpin menyertai pembangkan­g, ia sebenarnya tidak menjejaska­n peluang BN untuk menang pada PRU-14 kerana pada akhirnya rakyat memilih berdasarka­n parti yang mampu berkhidmat kepada mereka.

“Memang ada segelintir bekas ahli UMNO dalam WARISAN (Parti Warisan Sabah), namun saya tidak fikir itu bermakna orang yang menyokong mereka sebelum ini akan terus mengundi ahli individu yang keluar (BN) untuk sertai WARISAN,” katanya selepas menyempurn­akan program pelancaran buku mengenai sejarah Sabah ditulis George Jessel.

George adalah cicit kepada Sir Charles James Jessel, iaitu Naib Pengerusi British North Borneo Company (BNBC) antara 1903 hingga 1909.

Masidi yang juga Ketua UMNO Bahagian Ranau, berkata beliau yakin BN masih berpeluang menang pada PRU-14.

Katanya, pengundi berhak mengundi siapa sahaja, namun yakin rakyat cukup matang untuk mengetahui siapa yang perlu diundi.

 ?? [FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] ?? Masidi (tiga dari kanan) bersama penulis, Jessel (kiri) ketika gimik pelancaran buku ‘Finding Jesselton’ di Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] Masidi (tiga dari kanan) bersama penulis, Jessel (kiri) ketika gimik pelancaran buku ‘Finding Jesselton’ di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia