Berita Harian

Tulis surat kepada ‘Abang Jo’

Murid Tahun Satu minta Ketua Menteri beli peralatan sekolah rakan sekelas

- Oleh Mohd Latif Ahmad

Murid Tahun Satu dari Sekolah Kebangsaan (SK) Siol Kanan di Taman Sukma, di sini, Muhammad Aimy, 7, mencuri tumpuan umum apabila menulis surat terbuka kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, Jumaat lalu.

Dalam surat itu, kanak-kanak itu meminta Abang Johari membantu membelikan peralatan sekolah, termasuk pensil warna untuk rakan sekelasnya yang berasal dari keluarga kurang berkemampu­an.

Difahamkan, kanak-kanak itu menulis surat terbuka itu ketika mengikuti ibunya, Carolina Ningo, menghadiri Majlis Perasmian Seminar Pembanguna­n Ummah 2018 yang disempurna­kan Abang Johari di Kuching, pada pagi Jumaat lalu.

Malah, Muhammad Aimy menulis sendiri nota ringkas berkenaan pada sekeping kertas disediakan ibunya sebelum menyerahka­nnya sendiri kepada pemimpin idolanya itu.

Carolina melalui akaun Facebook miliknya memaklumka­n anak lelakinya itu cukup teruja mahu mengikutin­ya menghadiri majlis itu kerana mahu bertemu dengan Abang Johari.

Tulis nota ringkas

“Dia meminta diberikan sekeping kertas untuknya menulis surat kepada Ketua Menteri.

Antara lain, dia mahu Ketua Menteri (Abang Johari) membantu beberapa rakan sekelasnya dari keluarga miskin.

“Dia cukup bersimpati dengan keadaan hidup beberapa rakan sekelasnya yang tidak mampu membeli pensil warna, malah meminta jasa baik Ketua Menteri membelikan mereka pensil warna agar dapat belajar dengan lebih baik,” katanya.

Kehadiran Muhammad Aimy pada majlis itu turut menarik perhatian Abang Johari dan beberapa tetamu kenamaan lain, malah turut meluangkan masa beramah mesra dengan kanakkanak berkenaan.

“Dia sanggup berdiri di pintu masuk, menunggu kehadiran Ketua Menteri. Dalam keadaan bersesak, tidak sangka Ketua Menteri boleh berhenti, seterusnya bersalam dan mengusap kepala anak saya sambil mengambil serta membaca nota berkenaan.

“Semoga harapan dan permintaan­nya dapat dipenuhi Ketua Menteri untuk membantu beberapa rakan sekelasnya,” kata Carolina,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Muhammad Aimy menunjukka­n surat terbuka yang ditulisnya kepada Abang Johari bagi membantu rakan sekelas kurang berkemampu­an.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Muhammad Aimy menunjukka­n surat terbuka yang ditulisnya kepada Abang Johari bagi membantu rakan sekelas kurang berkemampu­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia