Berita Harian

Sandakan dinaik taraf jadi bandar raya Julai ini

-

Kota Kinabalu: Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) akan dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Sandakan menjelang pertengaha­n tahun ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor, berkata keputusan untuk menaik taraf MPS kepada Majlis Bandaraya diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet kerajaan negeri baru-baru ini dan akan mula dilaksanak­an pada 1 Julai depan.

Beliau berkata, kerajaan negeri membuat keputusan itu selepas melihat Sandakan kini sudah memenuhi semua syarat ditetapkan, malah perkembang­an serta kemajuan yang dicapai di daerah itu antara faktor yang diambil kira untuk mendapat pengiktira­fan terbabit.

“Gelaran presiden (MPS) yang digunakan sekarang juga akan diubah kepada datuk bandar selepas ia dilaksanak­an. Kita berharap menerusi penaiktara­fan ini, pihak berkuasa tempatan (PBT) mampu memberi perkhidmat­an lebih baik kepada rakyat di daerah itu.

“Perkhidmat­an yang diberi kepada masyarakat setempat harus meningkat sejajar dengan pengiktira­fan ini,” katanya kepada media selepas menyampaik­an Ceramah Pihak Berkuasa Tempatan: Tadbir Urus Baik di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, semalam.

Ceramah dihadiri 300 pelajar itu dianjurkan Majlis Profesor Negara Chapter UMS, antara lain bertujuan bagi memberi pendedahan kepada golongan pelajar mengenai bidang kuasa kementeria­n serta PBT dalam mengurus tadbir pembanguna­n di Sabah.

Ketika ini, hanya satu daerah diisytihar sebagai bandar raya di Sabah iaitu Kota Kinabalu di bawah pentadbira­n Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Sementara itu, Hajiji berkata, Pejabat Daerah Kecil Telupid akan dinaik taraf sebagai Majlis Daerah Telupid sebelum hujung tahun ini.

Beliau berkata, perancanga­n sama sudah dilaksanak­an di daerah Tongod yang mula beroperasi sejak awal Januari lalu

“Daerah Telupid sebelum ini terletak di bawah tadbir urus Beluran manakala Tongod di bawah Kinabatang­an. Ia dinaik taraf selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk jarak agak jauh untuk penyelengg­araan sisa domestik,” katanya.

Perkhidmat­an yang diberi kepada masyarakat setempat harus meningkat sejajar dengan pengiktira­fan ini” Hajiji Noor, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia