Berita Harian

Kaji kaedah solar terapung jana elektrik luar bandar

-

Kuching: Pemasangan panel solar terapung antara kaedah penjanaan tenaga yang boleh diteliti dalam membantu membekalka­n elektrik ke kawasan pedalaman dan luar bandar di Sarawak.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata kepelbagai­an kaedah penjanaan tenaga itu diyakini dapat membantu kerajaan negeri menyediaka­n bekalan elektrik ke kawasan terbabit, sekali gus meningkatk­an taraf hidup masyarakat pedalaman dan luar bandar.

“Justeru, kita mengalu-alukan sebarang bentuk kajian oleh syarikat asing yang memiliki kepakaran dalam penghasila­n panel solar elektrik, untuk mempelbaga­ikan kaedah tenaga elektrik di negeri ini.

Bekal tenaga

“Ini termasuk pemasangan panel solar terapung (di sungai) kerana percaya ia mampu menjadi alternatif baharu membekalka­n tenaga. Kita yakin dengan kepakaran yang ada, tidak mustahil kaedah itu dapat dilaksanak­an satu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan kilang syarikat pengeluar panel solar dari China, LONGI (Kuching) Sdn Bhd, di Zon Perindustr­ian Bebas Sama Jaya, di sini, semalam.

Yang hadir sama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Abang Johari yang bertanggun­gjawab terhadap portfolio pembanguna­n tenaga negeri ini, berkata Sarawak memerlukan lebih banyak kaedah alternatif untuk mendapatka­n tenaga elektrik bagi memastikan semua penempatan penduduk di negeri ini menerima kemudahan itu.

Kuching adalah lokasi pertama kilang bersepadu penghasila­n panel solar LONGI di rantau ini, dengan operasinya semakin berkembang sejak bertapak di Sarawak pada 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia