Berita Harian

Pancing ikan kerapu kertang seberat 145kg

Ikan gergasi bernilai RM5,000 ditangkap guna umpan ikan parang

- Oleh Mohd Rizal Abdullah

Dua kaki pancing menerima ‘durian runtuh’ selepas mendaratka­n seekor ikan kerapu kertang seberat 145 kilogram (kg) di Perairan Miri, 50 kilometer dari Kuala Baram, di sini, kelmarin.

Difahamkan, ikan gergasi bernilai RM5,000 itu berjaya ditangkap menggunaka­n umpan ikan parang pada jam 1 pagi, selepas lebih 20 minit memerah keringat ‘bertarung’ dengan ikan laut dalam itu.

Tali pancing direntap kuat

Ahmad Uzair Sidek, 20, berkata, beliau bersama seorang saudaranya, Nordin Maidin Sandih, 48, terkejut apabila mendapati keadaan tali pancingnya direntap agak luar biasa sebelum menyedari ia adalah ikan kerapu kertang.

“Memang sukar untuk mendaratka­n ikan ini, selepas lebih 20 minit, baru dapat dinaikkan ke perahu sebelum dibawa pulang ke pasar nelayan di Kuala Baram,” katanya.

Ahmad Uzair berkata, ia rezeki yang tidak disangka kerana berjaya memperoleh RM5,000 dalam sekelip mata hasil jualan ikan itu kepada peraih.

“Saya sama sekali tidak menyangka berjaya menangkap ikan sebesar itu, tambahan pula saya bukanlah nelayan sepenuh masa.

“Hanya apabila ada masa terluang, saya akan memancing dengan saudara,” katanya.

Anak sulung dari empat beradik itu berkata, dia akan menggunaka­n wang itu untuk membeli peralatan memancing, selain untuk simpananny­a.

Ikan kerapu kerapu kertang antara ikan yang sering diburu kaki pancing kerana mendapat permintaan tinggi, terutama dari pengusaha restoran makanan laut yang menawarkan harga sekitar RM35 sehingga RM50 bagi sekilogram.

Ikan itu kebiasaann­ya menghuni di kawasan laut dalam dengan kedalaman sekitar 100 meter sehingga 200 meter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia