Berita Harian

IPD Limbang dipuji sindiket judi lumpuh

-

Limbang: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang menerima pujian apabila sindiket perjudian di kawasan itu ‘gulung tikar’ hasil operasi berterusan dalam membantera­s kegiatan haram itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata aktiviti perjudian di Limbang sudah lama ‘terhenti’ hasil komitmen dan usaha keras anggota dan pegawai IPD Limbang.

Katanya, kejayaan itu perlu terus dikekalkan dan operasi berterusan perlu dilakukan dari semasa ke semasa.

Berharap keadaan kekal

“Kegiatan perjudian membabitka­n perjudian siber dan loteri haram sudah lama terhenti di sini, bagaimanap­un saya amat berharap keadaan ini akan kekal selamalama­nya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Limbang antara Asisten Superinten­dan Mansur Rahman dan Inspektor Andrew Umdum Isa, di sini, semalam.

Sementara itu, Dev turut mengucapka­n tahniah kepada IPD Limbang kerana berjaya menurunkan jenayah indeks di daerah itu tahun ini.

“Hanya 11 kes dilaporkan tahun ini (sehingga 15 April) berbanding dengan 17 kes dalam tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia