Berita Harian

Mayat bayi ditanam di taman permainan

Tingkah laku aneh dua anjing korek tanah bawa kepada penemuan mayat

- Oleh Junaidi Ladjana

Tingkah laku dua anjing mengorek tanah di Taman Saga, Kolombong, di sini, membawa kepada penemuan mayat bayi perempuan yang ditanam di taman permainan itu, semalam.

Dalam kejadian pada jam 8 pagi itu, mayat masih bertali pusat itu ditemui dibalut dengan kain putih ditanam di kawasan terbabit sebelum ditutupi dengan pasu bunga.

Pemilik anjing dikenali sebagai Wong, 50, berkata dia pelik apabila melihat dua daripada tiga anjing yang dibawanya di taman itu mengorek tanah di kawasan berkenaan.

Terkejut lihat kain putih

“Curiga dengan tingkah lalu anjing itu, saya menghampir­inya dan terkejut apabila melihat kain putih yang di dalamnya ada mayat bayi.

“Saya kemudian menghubung­i polis mengenai kejadian itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Wong berkata, kemungkina­n bayi malang itu ditanam di kawasan berkenaan sekitar malam kelmarin kerana pada petang sebelum itu dia turut membawa anjingnya di taman itu, namun tiada perkara pelik berlaku.

“Kira-kira jam 5 petang semalam (kelmarin), saya membawa tiga anjing peliharaan di kawasan taman, namun tiada apa-apa yang berlaku.

“Tetapi apa yang berlaku pagi tadi (semalam) amat mengejutka­n. Sampai hati mereka memperlaku­kan bayi seperti ini,” katanya yang tinggal di kawasan taman perumahan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, ketika dihubungi mengesahka­n penemuan itu dan mayat bayi terbabit dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk siasatan lanjut.

 ?? [FOTO FOTO JUNAIDI LADJANA/BH] ?? Lokasi kejadian penemuan mayat bayi perempuan yang ditanam di kawasan taman permainan Taman Saga, Kolombong, di Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO FOTO JUNAIDI LADJANA/BH] Lokasi kejadian penemuan mayat bayi perempuan yang ditanam di kawasan taman permainan Taman Saga, Kolombong, di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia