Berita Harian

2 ditahan miliki senjata buatan sendiri

-

Kuching: Dua kes tangkapan membabitka­n pemilikan senapang patah buatan sendiri dilaporkan di Sarawak, masing-masing di Bandaraya Kuching dan Bintulu, dalam tempoh 48 jam lalu.

Kes pertama membabitka­n seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Jalan Mendu, di sini pada jam 4 petang kelmarin oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontingen Sarawak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata hasil maklumat risikan mendapati suspek menjadikan bilik sewanya sebagai lokasi membuat senapang angin yang kemudianny­a dijual kepada pemburu.

Jual kepada pelanggan

“Suspek sudah membuat dan menjual senapang angin berkenaan sejak beberapa tahun lalu, namun kegiatanny­a dilakukan secara sembunyi dan senjata itu hanya dijual kepada pelanggan setianya.

“Hasil pemeriksaa­n di bilik sewa itu menemui lima laras senapang angin buatan sendiri, guli dan peralatan membuat senapang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, hasil siasatan lanjut mendapati senapang angin dirampas daripada suspek mampu memberi impak sehingga membunuh.

“Suspek yang bekerja sebagai penjaga parkir di bandar ini kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960.

“Orang ramai yang memiliki atau membeli senapang angin buatan sendiri untuk apa juga tujuan boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Di seorang lelaki berusia 48 tahun ditahan di Simpang Belaga, dalam operasi

Bintulu,

pada jam 3.40 petang, Sabtu lalu atas kesalahan memiliki senapang buatan sendiri tanpa permit sah.

Ketua Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Belaga, Asisten Superinten­dan Mohd Sani Junid, berkata lelaki berusia 48 tahun itu, yang berasal dari Una Kulit, Sungai Asap ditahan ketika dalam perjalanan mahu memburu.

“Turut dirampas tiga butir peluru. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti dari mana suspek memperoleh senapang dan bekalan peluru berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia