Berita Harian

30 guru sertai kursus asas menyelamat

Kemahiran dapat diguna bantu golongan memerlukan

- Oleh Suzaini Sulaiman

l

Setiap guru bukan sahaja perlu mahir dalam bidang akademik tetapi mereka juga perlu mempunyai kemahiran menyelamat sebagai persediaan ketika berlaku kecemasan.

Menyedari pentingnya ilmu itu, lebih 30 guru penyelaras Kadet Angkatan Pertahanan Awam (APM) dari 12 sekolah di daerah ini mengikuti kursus asas pertahanan awam selama dua hari di pejabat APM Kuala Selangor, baru-baru ini.

Sepanjang kursus itu, pelbagai kemahiran diajar termasuk pengenalan pasukan pertahanan awam, latihan kawad kaki, asas pertolonga­n cemas, asas ikatan simpulan, bantuan pernafasan (CPR), teknik memadamkan kebakaran dan teknik menyelamat kecemasan.

Setiap guru diajar secara teori dan praktikal bagaimana mengendali­kan kes kecemasan seperti kemalangan atau merawat mangsa sebelum dibawa ke hospital.

Penyelaras program, Encik Mohd Shawaluddi­n Zainal, berkata kursus asas itu perlu dijalani untuk mela- yakkan seseorang guru menjadi anggota APM seterusnya melatih anggota kadet di sekolah masing-masing.

“Walaupun latihan yang diberikan adalah pada peringkat asas, saya yakin setiap guru yang hadir dapat memanfaatk­an latihan berkenaan dengan sebaiknya, selain terus mempelajar­i ilmu menyelamat dari semasa ke semasa.

“Ilmu yang diperoleh dapat digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan dan memastikan mereka sentiasa bersiap sedia sekiranya berlaku sebarang musibah,” katanya yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz, di sini.

 ??  ?? Sebahagian daripada guru yang mengikuti kursus asas pertahanan awam di pejabat Angkatan Pertahanan Awam Kuala Selangor.
Sebahagian daripada guru yang mengikuti kursus asas pertahanan awam di pejabat Angkatan Pertahanan Awam Kuala Selangor.
 ??  ?? Sebahagian daripada guru tekun mendengar teori mengendali­kan kes kecemasan daripada jurulatih APM.
Sebahagian daripada guru tekun mendengar teori mengendali­kan kes kecemasan daripada jurulatih APM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia