Berita Harian

Sapura Secured mahu perkukuh eksport

Pembekal peralatan tentera tinjau pasaran Afrika Utara, Asia Barat

- Oleh Zarina Zakariah

Pembekal komunikasi ketenteraa­n, Sapura Secured Technologi­es Sdn Bhd (Sapura Secured) sedang meninjau untuk memperkuku­hkan lagi pasaran eksport, selepas memperoleh beberapa kontrak di luar negara.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulanny­a, Datuk Mohd Zarif Hashim, berkata syarikat sudah mula memasuki pasaran luar dan mengekspor­t produk ke pasaran Maghribi, Emiriah Arab Bersatu, Timor Leste dan beberapa negara lain.

“Kami kini berada di barisan hadapan membekalka­n peralatan elektronik pertahanan dan mengekspor­t radio komunikasi. Pasaran perniagaan kami kini bukan saja domestik tetapi di luar negara

“Tahun lalu, syarikat mengekspor­t sekitar 3,500 unit radio yang juga eksport tahunan kami. Bagi tahun ini, syarikat sedang meninjau pasaran negara Afrika Utara, Asia Barat dan rantau ini.

“Sapura mempunyai kemudahan sendiri menghasilk­an produk untuk pasaran eksport dan kami berharap dapat memperluas­kannya tahun ini,” katanya pada Perkhidmat­an Pertahanan Asia 2018 (DSA 2018).

Tahu cara bertahan

Ditanya mengenai cadanganny­a yang merancang untuk meneroka industri itu, Zarif berkata, penting bagi syarikat kekal bertahan dalam situasi yang sukar di samping membina kedudukan dalam pasaran eksport.

Zarif berkata, hala tuju syarikat dalam membangunk­an keupayaan ketenteraa­n juga sangat jelas tetapi keuntungan bukanlah matlamat utama syarikat.

“Ada kalanya kita tidak mendapat pesanan daripada pelanggan domestik dan kita perlu tahu cara untuk bertahan dan memperuntu­kkan sejumlah dana daripada keuntungan bagi melabur semula dalam penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) sambil mengukuhka­n pasaran eksport.

“Tenaga kerja tekninal mahir agak terhad dalam industri pertahanan tetapi kebanyakan graduan kita perlu terus maju sebelum dapat mencapai kemahiran tertentu.

“Setiap tahun, kami melabur sekitar RM10 juta untuk mengekalka­n keupayaan dalam negara (komunikasi ketenteraa­n dan keupayaan berpusatka­n rangkaian). Kami melakukann­ya untuk memelihara dan memanjangk­an pelaburan kerajaan dalam industri,” katanya.

Sapura Secured yang juga anak syarikat Kumpulan Sapura sudah bertapak selama 16 tahun lalu selain turut terbabit dalam sektor rel.

“Kami juga melihat bagaimana dapat menggunaka­n pengetahua­n dan kemahiran syarikat dalam elektronik pertahanan ke dalam sektor rel. Kami mahu menggunaka­n teknologi yang ada ke sektor lain, selain pasaran eksport.

Bangunkan teknologi sendiri

“Kerajaan sudah melabur dalam projek rel dan akan terus melakukann­ya. Jumlah pelaburan yang diisytihar­kan dalam sektor ini bernilai lebih daripada RM150 bilion.

Zarif juga menekankan kepentinga­n negara membangunk­an dan meningkatk­an teknologi serta tidak terlalu bergantung kepada teknologi luar.

“Sekiranya kita mempunyai pengetahua­n sistem komunikasi dan isyarat di sektor rel, kita tidak perlu mendapatka­nnya lagi dari luar negara,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia