Berita Harian

ASWARA anjur hari terbuka berkonsep seni, budaya

-

Kuala Lumpur: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan menganjurk­an Hari Terbuka ASWARA 2018 pada 21 April ini, bertujuan memberi peluang kepada orang ramai menyaksi dan menyertai aktiviti menarik berkonsepk­an seni dan kebudayaan.

Acara yang akan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang itu bertempat di ASWARA di sini, dianjurkan dengan kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan.

Pegawai Perhubunga­n Awam ASWARA, Faizal Ashraf Azhar, berkata acara itu menampilka­n pelbagai aktiviti menarik dan menghiburk­an, termasuk persembaha­n istimewa daripada pelajar ASWARA, Bengkel Seni Persembaha­n, Seni Visual dan Multimedia Kreatif dan Pertanding­an Battle of The Bands dengan hadiah istimewa menanti pemenang dan pengunjung.

Surat tawaran

Selain itu, penampilan istimewa kumpulan Floor 88 dan penggiat seni yang terdiri daripada alumni ASWARA.

Sepanjang acara berlangsun­g, pengunjung juga boleh menyertai, bengkel tari, asas lakon, caklempong, pengantar penulisan kreatif dan bengkel ‘Big Band’.

Beberapa bengkel lain termasuk lukisan, ilustrator, dram dan

Pengunjung turut berpeluang mengunjung­i gerai jualan, selain menyaksika­n persembaha­n keseniaan dan penampilan daripada mahasiswa serta alumni ASWARA.

Faizal Ashraf berkata, sesi uji bakat dan temu duga turut akan diadakan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) yang berminat mengikuti pengajian di akademik berkenaan.

Calon lepasan SPM dan STPM yang berminat perlu membawa salinan kad pengenalan, salinan keputusan peperiksaa­n dan salinan sijil kelulusan.

Mereka yang berjaya akan terus diberikan surat tawaran kemasukan.

 ??  ?? Faizal Ashraf Azhar
Faizal Ashraf Azhar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia