Pelajar ASWARA pentaskan teater muzikal remaja

Berita Harian - - VARSITI -

Kuala Lumpur: Pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun 2, Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan mempersemb­ahkan pementasan Teater Muzikal berjudul The Venom Musicals bertempat di Black Box, ASWARA pada 28 hingga 30 Jun ini.

Penyelaras Produksi teater berkenaan, Balkis Omar, berkata The Venom Musicals adalah inspirasi filem remaja barat High School Musicals yang dipilih kerana isu ini dekat dengan jiwa mereka.

Selain itu, katanya, cerita berkenaan lebih ringan yang memaparkan gaya hidup remaja zaman ini selain relevan dengan isu semasa.

Tonggak utama

“Teater ini juga adalah suatu bentuk penilaian meliputi aspek praktikal bagi pelajar yang mengikuti kursus ATE 5774 Produksi Teater Muzikal.

“Sehubungan itu, produksi ini akan dipersemba­hkan kepada khalayak umum untuk dihayati dan dinilai sendiri oleh masyarakat,” katanya ketika ditemui BH Varsiti, baru-baru ini.

Sementara itu, penyanyi remaja kumpulan Floor 88, Nik Fadlee Elhamshah, berkata beliau teruja untuk berlakon dalam teater muzikal itu.

“Pementasan ini akan menjadi titik permulaan dalam melatih saya untuk menjadi pelakon yang serba boleh.

“Pengalaman berlakon di atas pentas dapat membantu saya untuk lebih yakin ketika membuat persembaha­n nyanyian atau lakonan,” katanya.

Persembaha­n Teater Muzikal ‘The Venom Musicals’ pada Majlis Sepetang Bersama Media di Fakulti Teater ASWRA, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.