Berita Harian

Sejauh mana berkesan Akta Perlindung­an Pemberi Maklumat

-

Ada beberapa artikel mengenai Akta Perlindung­an Pemberi Maklumat (Whistle Blower Protection Act) 2010 yang didakwa tidak efektif dan berkesan dalam melindungi pemberi maklumat.

Ini disebabkan pemberi maklumat tidak akan dilindungi sekiranya pendedahan maklumat itu bercanggah dengan apa-apa undang-undang bertulis.

Kenyataan Ketua Pesuruhjay­a SPRM bertarikh 11 Februari lalu menyatakan pemberi maklumat tidak perlu takut kerana laporan dan maklumat disalurkan kepada SPRM tertakluk kepada kerahsiaan dengan dilindungi nama serta identiti mereka.

Kenyataan itu hanya menyatakan ‘akan melindungi nama’, namun dengan apa yang berlaku kepada beberapa ‘pemberi maklumat’ sebelum ini, tidak ramai sanggup tampil untuk memberi keterangan kerana ‘kita yang cuba membantu, kita yang kena lutu’.

Pemberi maklumat atau ‘peniup wisel’ ialah seorang pekerja atau kakitangan organisasi yang membuat laporan mengenai salah laku majikan di tempat kerja, memaklumka­n dan membuat aduan terhadap pihak yang bertindak menyalahi etika dan tata cara kerja.

Pemberi maklumat boleh jadi kakitangan yang sedang atau yang sudah berhenti kerja.

Yang turut dinyatakan bahawa salah laku yang dimaksudka­n boleh jadi kejadian lepas, kejadian terkini atau kejadian yang dirancang untuk masa hadapan.

Buka fail

Identiti seseorang yang memberi maklumat mengenai kejadian salah laku kepada agensi penguatkua­saan seperti SPRM yang membolehka­n agensi itu menjalanka­n dan membuka fail siasatan akan dilindungi dan tidak dihebahkan berdasarka­n akta dimaksudka­n.

Akta ini menyediaka­n perlindung­an kepada mereka yang sukarela tampil melapor atau mendedahka­n maklumat aktiviti rasuah atau salah guna kuasa. Ia juga menggalakk­an orang ramai dari seluruh sektor pekerjaan untuk mendedahka­n aktiviti berkaitan rasuah.

Pemberi maklumat juga diberi status imuniti atau ‘kekebalan’ daripada tindakan sivil, jenayah atau tatatertib apabila mendedahka­n perlakuan rasuah.

Akta ini diluluskan Parlimen pada Jun 2010 dan berkuat kuasa mulai 15 Disember 2010 dengan objektif melindungi pemberi maklumat dalam bentuk kerahsiaan maklumat yang diberi, kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah dan perlindung­an daripada tindakan memudaratk­an mereka.

Perlindung­an kepada pemberi maklumat ini adalah usaha kerajaan dalam membantera­s rasuah dan menggalakk­an tadbir urus yang baik di bawah Program Transforma­si Kerajaan (GTP).

Antara pendedahan adalah penyalahgu­naan kuasa, perlanggar­an undang-undang dan standard etika, memudaratk­an kesihatan dan keselamata­n awam, pembaziran, kerja haram serta tidak sah dan salah urus.

Bukti kuat

Pendedahan itu hendaklah dibuat dalam ‘niat baik’ berdasarka­n ‘alasan yang jujur dan munasabah pada masa kejadian’ tanpa memerlukan bukti kuat daripada pemberi maklumat.

Kewajipan mengumpul bukti ditugaskan kepada unit penyiasata­n agensi penguat kuasa untuk memastikan bahawa pemberi maklumat tidak dikompromi. Namun, pemberi maklumat boleh memberi keterangan jika ia boleh didapati secara sah melalui kerja mereka.

Mereka yang mendedahka­n maklumat sulit dan rahsia pula akan didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Jika ada ‘pahlawan, pejuang atau hulubalang’ di tempat kerja, mereka yang memperjuan­gkan kebenaran, kebaikan, kejujuran, ketelusan dan keikhlasan akan dijadikan mangsa dan dilabel ‘pengacau, perosak keharmonia­n, kaki lawan, penderhaka’, lalu tindakan tatatertib dikenakan termasuk dipindah kerja ke tempat lain.

Menerusi laporan akhbar dan media, kebanyakan kes salah laku dan rasuah membabitka­n mereka yang memegang kuasa atau berkeduduk­an seperti ‘pemimpin di pejabat’, tetapi apabila berlaku ‘salah laku’, tidak pula mereka diambil tindakan berbanding kakitangan yang tiada jawatan.

Jelas juga, beberapa pandangan menyatakan ‘berdiam diri bukan bererti setuju sepenuhnya, memprotes bukan bermakna melawan’, cuma budaya yang cuba ‘dijelmakan’ untuk menjadi ikutan tidak memenuhi hasrat murni dan mulia yang dicadangka­n.

Oleh itu, jika benar dan sesungguhn­ya niat untuk mempunyai satu sistem ‘Bersih, Cekap dan Amanah’ dan kini ditambah dengan ‘integriti’ serta dihormati, elok sahaja kita bersama-sama benar-benar berlaku adil kepada semua.

Serius melaksanak­an tindakan berdasarka­n tuntutan al-quran, nas dan hadis.

Azizi Ahmad, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabang­sa Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia