Berita Harian

Sayembara novel futuristik tawar RM75,000

-

Kuala Lumpur: Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) menganjurk­an Sayembara Penulisan Novel Futuristik GAPENA-DBP 2018 yang menawarkan hadiah wang tunai yang keseluruha­nnya bernilai RM75,000.

Ketua Satu GAPENA, Datuk Zainal Abidin Borhan, berkata penganjura­n sayembara ini akan memberi peluang kepada penulis untuk menghasilk­an karya sastera yang dapat membayangk­an mengenai masa hadapan negara.

Beliau berkata, karya dihasilkan akan memperliha­tkan bagaimana aspek kemanusiaa­n yang dipaparkan melalui kreativiti dan imaginasi penulis dapat memberi pertimbang­an wajar kepada masyarakat dalam meneruskan kehidupan pada masa mendatang.

Perkembang­an dunia kian mencabar

“Kesedaran terhadap persoalan masa depan negara timbul kerana perkembang­an dunia yang semakin mencabar dengan pelbagai fenomena teknologi, sosial, ekonomi, budaya, politik dan agama.

“Gagasan penulis perlu memikirkan perubahan ini dan seterusnya memberi idea bernas mengenai kemungkina­n pertembung­an peradaban dan ideologi manusia melalui penghasila­n karya sastera.” katanya dalam kenyataan kepada BH, di sini

Sayembara penulisan novel futuristik yang diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan negara ke-61 itu mengetenga­hkan tema Masa Depan Malaysia dan penyertaan akan dibuka sehingga 31 Mei 2019.

Penyertaan dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan boleh diperoleh dengan menghubung­i Urus Setia Sayembara di 019-3855047 atau 0193196560, selain mengajukan persoalan melalui e-mel di spfgapena@gmail.com

 ??  ?? Zainal Abidin Borhan
Zainal Abidin Borhan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia