Sekadar ingatan

Janna akui diri bukan badut boleh dijadikan bahan lawak

Berita Harian - - B POP - Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Prinsipnya, penuhkan hati dengan kemaafan. Leraikan segala-galanya... Lepaskan dendam, tidak puas hati, geram, sakit hati mahupun curiga di jiwa. Andai emosi masih bersarang di hati, kemaafan tidak lagi menjadi kemanisan yang terindah.

Ketika tirai Ramadan kian berlabuh dan lambaian Syawal semakin menjelma, si pelakon jelita, Janna Nick, 23, tidak sudah-sudah diburu cerita panas.

Biarpun tindak-tanduknya mengundang pelbagai spekulasi, minggu lalu, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah yang turut dikenali sebagai penyanyi ini tidak mahu memanjangkan isu yang mencetuskan ‘tanda-tanya’ apabila dia memuat naik luahan dalam Insta Story di Instagramnya mengenai sikap ‘plastik’ seorang pelakon.

Tidak menyebut dan mendedahkan siapa individu dimaksudkan, bagaimanapun netizen membuat tekaan mereka sendiri berdasarkan beberapa petunjuk, kononnya insan dimaksudkan Janna ialah pelakon, Ayda Jebat.

Begitupun, Ayda yang juga dikenali dalam bidang seni suara, tidak berasakan luahan itu ditujukan kepada dirinya.

Ikhlas berkawan dengan sesiapa

Enggan mengaitkan sesiapa,

Janna mengakui: “Saya tidak suka bermusuh. Saya jenis orang yang mudah menerima setiap kritikan. Kutuk dan ‘laharlah’ di depan muka, saya tidak terasa hati.

“Bagaimanapun, saya tidak mampu berdepan dengan artis plastik, di depan bersikap seperti malaikat, di belakang pula mengutuk dan mempersendakan orang lain.

“Luahan hati saya bukan ditujukan kepada sesiapa, sekadar mengingatkan rakan artis supaya tidak berpura-pura baik jika tidak menyukai atau membenci artis lain.”

Aktres yang mencetuskan fenomena menerusi drama Syurga

Nur dan Kau Aku Kita itu berkata, dia tidak suka mengamalkan sikap bermuka-muka dalam persahabatan.

“Saya ikhlas berkawan dengan sesiapa saja. Orang mahu berbaik, saya tiada masalah. Orang tidak suka berkawan, saya terima dengan hati yang terbuka.

“Bagaimanapun, ingatlah, apa yang anda kutuk itu pasti akan sampai ke telinga saya.

Jangan ingat saya tidak tahu!

“Jika kutuk depan-depan, saya boleh terima dengan berlapang dada, tetapi saya rasa seperti diperbodohkan apabila mengejek dan mengajuk saya di hadapan khalayak.

“Saya bukannya badut untuk dijadikan bahan lawak,” katanya dengan nada sedih.

Biarlah rahsia

Aktres yang diangkat sebagai Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 itu berkata, apa yang didedahkan bukan untuk membuka aib sesiapa, tetapi sebagai pengajaran.

“Jika mahu memalukannya, saya sudah petik nama individu berkenaan. Bagaimanapun, biarlah ia menjadi rahsia peribadi saya.

“Saya hanya mahu individu itu sedar, saya sudah tahu isi hatinya selama ini. Ia bukannya kali pertama dia mengutuk saya di belakang.

“Bagaimanapun, saya sudah memaafkan dirinya. Saya sedar, saya pun bukannya sempurna,” katanya yang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri,

Semerah Cinta Humairah, arahan Zamri Zakaria untuk slot Samarinda siaran TV3 sepanjang Ramadan ini.

Jika kutuk depan-depan, saya boleh terima dengan berlapang dada, tetapi saya rasa seperti diperbodohkan apabila mengejek dan mengajuk saya di hadapan khalayak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.