Berita Harian

Proses pembelajar­an sepanjang hayat, usah anggap diri hebat

-

memastikan kehebatan dan ‘ego’ terserlah, pasti seseorang itu akan cuba menonjol atau mempamerka­n kebolehan diri sendiri dan setiap orang akan cuba meletakkan diri mereka sebagai ‘pakar’ dalam sesuatu bidang.

Saya melihat gelaran atau panggilan rasmi mahupun tidak rasmi, iaitu ‘pakar’ atau ‘pakar mata pelajara’ untuk mana-mana program kursus yang ditawarkan­nya menjadi satu keutamaan dan kebanggaan bagi mereka yang bersifat ‘narsisis’.

Sejak kebelakang­an ini, ramai yang berpendapa­t bahawa selagi anda tahu sedikit lebih daripada ‘orang lain’, anda boleh mengangkat dan memanggil diri anda sebagai pakar.

Maksud perkataan ‘pakar’ yang diterapkan ke dalam minda dan fahaman melemaskan maksud sebenar dan integriti perkataan. Ia seperti memalsukan maksud ‘penyelidik­an’ dan ‘sains’.

Oleh kerana begitu ramai yang sanggup mengaku diri mereka sebagai pakar, perkataan itu tidak lagi membawa nilai kebolehper­cayaan dan jaminan kepada pelanggan berpotensi seperti yang ada sebelumnya.

“Seorang pakar tahu banyak perkara dan tahu kekurangan sesuatu sehingga beliau tahu mengenai semua yang beliau tidak tahu,” kata Mahatma Gandhi.

Sebagai seorang ‘pakar’, ia bermaksud anda telah menguasai hampir semua perkara yang ditawarkan oleh bidang anda.

Pengalaman kerja

Kepakaran sebenar mengambil kira tempoh pengalaman kerja anda dalam menjalanka­n penyelidik­an, menghadapi ujian percubaan dan memperbaik­i kesilapan dan tugasan kerja di lapangan.

Ia lebih daripada sekadar memberitah­u orang bahawa anda seorang pakar, namun ramai pula sanggup menggadai ‘maruah diri’ untuk gelaran itu dan berharap ia menjadi kenyataan.

Dalam apa sahaja bidang kerjaya, kita tidak boleh dengan senangnya mengangkat diri kita sendiri dan hanya menganggap diri kita terbaik. Ini sangat berbahaya, terutama jika kita percaya bahawa ia benar-benar akan berlaku.

Meletakkan diri sendiri dalam kedudukan yang berkuasa menjadikan kemampuan kita sebagai pendengar yang baik dan pencari perspektif berkuranga­n.

Pakar biasa akan bersama pelanggan untuk mencurah dan berkongsi ‘ilmu pengetahua­n dan kemahiran’ dan tidak menerima kritikan, mengaku kesilapan atau apa-apa yang tidak sealiran dengan ‘kepakaran’ yang diutarakan.

Adam Galinsky dari Northweste­rn University mengkaji ‘hubungan di antara kuasa dan keupayaan melihat perspektif orang lain’. Dia membahagik­an peserta kepada dua kumpulan, setiap kumpulan diminta melakukan eksperimen yang berbeza.

Satu kumpulan melakukan aktiviti latihan yang menjadikan mereka berasa kuat dan berkuasa, satu lagi kumpulan melakukan aktiviti latihan menekankan yang mengurangk­an kuasa mereka.

“Jangan sesekali menjadikan diri anda sebagai terlalu ‘pakar’ sehingga anda tidak lagi mahu mendapatka­n kepakaran lain. Jadikan kehidupan sebagai suatu pengalaman pembelajar­an yang berterusan” - Denis Waitley.

Pandangan orang lain

Apabila mereka membawa diri mereka ke dalam eksperimen, mereka menyedari bahawa ‘mereka’ yang memperoleh ‘kuasa’, sukar untuk menerima pandangan orang lain.

Kesimpulan kajian ini ialah bahawa ada hubungan songsang di antara tahap perasaan mereka yang ‘berkuasa’ dan tahap kesediaan mereka menerima perspektif orang lain.

Berasa diri lebih hebat dan berkuasa akan menyebabka­n sesuatu mesej dan makluman sering terganggu, terutama apabila anda cuba memotivasi atau mengubah kefahaman orang lain.

Elok sahaja seseorang itu membawa diri sebagai ‘pelajar sepanjang hayat’, selalu ingin mencari idea baharu, selalu mencuba strategi baharu dan sentiasa belajar.

Tidak kira berapa lama seseorang itu berkecimpu­ng dalam bidang yang diterokai, akan sentiasa ada perkara baharu dipelajari. Itulah yang paling baik jika anda bukan seorang pakar.

Anda akan sentiasa terbuka untuk mengembang­kan pengetahua­n, berkongsi idea, mengamalka­n strategi bahru dan dalam proses ini, benar-benar membantu pelanggan anda bangkit daripada cabaran mereka.

Azizi Ahmad,

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabang­sa,

Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia