Berita Harian

Fokus pengajaran, penyelidik­an bukan pada ranking sahaja

-

Putrajaya: Kemampuan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dibuktikan selepas lima daripada universiti itu tersenarai dalam Quacquarel­li Symonds (QS) World University Ranking 2018/2019 dengan meraih kedudukan 1,000 universiti terbaik seluruh dunia.

Universiti UCSI yang pertama kali disenaraik­an memenunjuk­kan kecemerlan­gan selepas berada di tangga 481, Universiti Teknologi Petronas (UTP) (521-530), Taylor’s University (601-650), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) (701-750) dan Multimedia University (MMU) (801-1,000).

Naib Canselor dan Presiden Universiti UCSI, Prof Kanan Datuk Dr Khalid Yusoff, berkata adalah penting universiti untuk tidak hilang fokus utama mereka walaupun diasak untuk mengejar ranking dunia.

Beliau berkata, ranking mungkin memberi suatu tanggapan mengenai kekuatan sesebuah universiti, namun ia bukan kekuatan mutlak universiti berkenaan.

“Antara yang perlu ditekankan dalam kalangan pensyarah adalah pengajaran, penyelidik­an, keterampil­an dalam bidang mereka, sumbangan kepada profesyen mereka, jabatan dan fakulti serta pembabitan mereka dalam menggerakk­an masyarakat,” katanya.

Kemampuan Universiti UCSI meraih kedudukan 500 universiti terbaik seluruh dunia, sekali gus berada di tahap 10 universiti terbaik di Malaysia berdasarka­n kegigihan dan ketabahan menerokai kualiti, kecemerlan­gan dan inovasi dalam pendidikan tinggi melalui strategi serta pendekatan tertentu.

Bertaraf dunia

Sementara itu, Naib Canselor UTP, Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib, berkata UTP melonjak naik 80 tangga ke ranking 521-530 dalam QS World University Rankings 2019.

Beliau berkata, pencapaian UTP dalam QS dan Times Higher Education (THE) rankings adalah konsisten jika dibandingk­an dengan universiti swasta lain di negara ini.

“Pencapaian dan prestasi yang konsisten dalam ranking dan penarafan ini disebabkan oleh Pelan Transforma­si UTP untuk menjadikan UTP sebagai kampus yang diterajui oleh penyelidik­an yang bertaraf dunia.

Mutu graduan

“UTP adalah universiti swasta pertama di Malaysia yang diberi penarafan keseluruha­n lima bintang maksimum dalam Sistem Penarafan Universiti QS Starstm,” katanya.

Pada tahun ini, THE Emerging Economies Rankings menempatka­n universiti itu pada kedudukan ke-77, melonjak 14 tangga dari ranking sebelumnya iaitu ke-91.

Lonjakan itu menempatka­n UTP dalam kalangan 100 universiti terbaik yang diterajui penyelidik­an di negara membangun.

Naib Canselor dan Presiden Universiti Taylor’s, Prof Michael Driscoll, berkata universiti dalam perancanga­n untuk meningkatk­an usaha penyelidik­an yang menjadi tonggak penting bagi menyokong cita-cita universiti terhadap kecemerlan­gan seimbang hasil daripada pengiktira­fan QS, baru-baru ini.

“Penekanan terhadap penyelidik­an adalah penting dalam memastikan Universiti Taylor’s berada di tahap yang baharu dan membolehka­n universiti dikenali di persada dunia.

“Kami juga berada di kedudukan 216 di peringkat antarabang­sa, atau satu peratus teratas institusi pengajian tinggi di dunia yang dikehendak­i oleh majikan. Ini adalah bukti mutu graduan yang kami hasilkan,” katanya.

Universiti Taylor’s dalam rancangan strategikn­ya untuk melantik 100 ahli akademik aktif penyelidik­an yang mampu terbabit dalam penyelidik­an dalam dan luar negara.

 ??  ?? Univeriti perlu fokus pengajaran, penyelidik­an dan bukan hanya pada ranking semata-mata.
Univeriti perlu fokus pengajaran, penyelidik­an dan bukan hanya pada ranking semata-mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia