Berita Harian

Pinjam semangat, kekuatan Sherry

Kesungguha­n diri beri inspirasi kepada Isa, Ryan Deedat untuk lebih tabah harungi dugaan

- Oleh Syarrizuan Abdul Rashid, Mohd Fairoz Azizan dan Fatin Farhana Ariffin

Bermula dari bawah untuk mendaki puncak, tidak keterlalua­n dikatakan, Sherry Alhadad antara insan seni yang mampu menyuntik semangat artis baharu memulakan langkah. Semangat kental wanita berusia 34 tahun itu turut menjadi contoh kepada dua nama baharu, Isa Khan dan Ryan Deedat untuk terus berani mengharung cabaran.

Mengimbau perjalanan kerjayanya yang hampir menjangkau 12 tahun, Sherry atau nama sebenarnya,

Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad berkata, paling penting adalah sentiasa menjadi diri sendiri dan jujur dalam pekerjaan.

“Hargai bakat dan kepercayaa­n yang diberikan. Jangan sesekali ambil mudah dan sentiasa jujur kerana apabila sudah membuat keputusan menjadi insan seni, kita perlu komited melakukann­ya,” kata lulusan Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu.

Anak kelahiran ibu kota itu juga berpegang kepada prinsip supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki. Baginya, apabila perasaan itu ada, setiap apa yang dilakukan dapat dijalani dengan lebih tenang.

“Tidak semua mampu menangani populariti yang datang, jika tersilap langkah akan memakan diri dan membuatkan kita hilang fokus. Saya selalu ingatkan, diri jika sudah berasa diri hebat dan popular, di luar sana ramai lagi yang lebih hebat.

“Paling penting jangan syok sendiri kerana ada pihak lain yang menyokong kejayaan kita. Tanpa sokongan mereka, terutama peminat, tidak mungkin saya mampu berada pada tahap ini. Saya juga selalu percaya dengan bakat yang dimiliki.

“Prinsip itu selalu saya pegang dan akan terus terpahat dalam kotak ingatan sampai bila-bila,” katanya.

Pernah putus asa

Hanya beberapa tahun kebelakang­an ini, kehadirann­ya mula disedari, Sherry kini mampu berbangga apabila sering dipilih menjadi pengacara beberapa program televisyen popular. Di sebalik keselesaan itu, Sherry mengakui, dia juga pernah berputus asa kerana laluan untuk mencipta nama terlalu sukar.

Ditambah dengan penerimaan masyarakat yang tabu dengan selebriti bertubuh besar, membuatkan dia selalu dibelenggu perasaan rendah diri. Namun, kata Sherry, dia sentiasa menanam azam dalam diri untuk membuktika­n kemampuan sebenar.

“Saya berusaha memperbaik­i diri dan mengutip ilmu untuk dimanfaatk­an dalam kerjaya. Saya percaya, sebelum mencintai orang lain, kita perlu terlebih dahulu mencintai diri. Saya tanamkan dalam diri supaya percaya dengan kemampuan.

“Saya didik diri dengan melihat perkara yang boleh beri inspirasi kepada orang lain. Alhamdulil­lah, bertitik tolak dari situ, saya mula bangkit dan melangkah setapak demi setapak untuk berada pada tahap ini,” katanya.

Sempat ditanya mengenai Isa dan Ryan, Sherry berkata, mereka mempunyai bakat tersendiri serta mempunyai peluang untuk menyinar sekiranya dilakukan bersungguh-sungguh.

“Tidak kira berapa ramai bakat baharu yang muncul, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

“Apa yang penting berusaha dan gunakan peluang sebaik mungkin,” katanya yang sedang mempertimb­ang beberapa tawaran lakonan.

Isa kagum personalit­i Sherry

Kali pertama bertentang mata dengan Sherry, pelakon dan penyanyi baharu, Isa atau nama lengkapnya, Mohamad Fara Aidid Ali Dad Khan, 25, mengakui kagum dengan personalit­i yang dimiliki wanita itu.

“Mengakui turut mengikuti perjalanan seni pelakon dan pengacara popular itu, Isa berkata, dia tertarik dengan sifat positif yang ada dalam diri Sherry.

“Dia sentiasa ceria, positif, malah berbakat besar. Saya kagum dengan keberanian­nya, malah tidak peduli cakap orang yang cuba menjatuhka­nnya. Keberanian­nya itu memberikan saya inspirasi dalam meneruskan langkah.

“Sebagai artis baharu, ada ketika kita terlalu memberi fokus dengan memikirkan apa orang lain cakap. Itu sebenarnya yang menghalang kita untuk melangkah jauh. Jadi, kita perlu percaya diri dan ukur kemampuan kerana hanya kita yang tahu kelebihan masing-masing,” katanya.

Cuti berlakon untuk fokus nyanyian

Berkongsi perkembang­an kerjaya seninya, Isa yang juga adik kepada Miller Khan berkata, dia akan tampil dengan single kedua tidak lama lagi. Biarpun percubaan pertama menerusi Syurga Yang Sempurna yang diperkenal­kan Disember lalu tidak membuahkan hasil yang diharapkan, Isa tidak gentar untuk terus mencuba.

“Ketika Syurga Yang Sempurna dikeluarka­n, saya sibuk dengan penggambar­an drama Bimbi dan Bonni. Sepanjang dua bulan, saya bertungkus-lumus di lokasi hingga tiada masa untuk melakukan promosi. Saya tidak mahu kesilapan itu berlaku lagi.

Saya didik diri dengan melihat perkara yang boleh beri inspirasi kepada orang lain. Alhamdulil­lah, bertitik tolak dari situ, saya mula bangkit dan melangkah setapak demi setapak untuk berada pada tahap ini,” Sherry Alhadad Untuk single kedua nanti, saya mahu berehat seketika daripada lakonan dan memberi fokus kepada promosi lagu” Isa Khan

“Untuk single kedua nanti, saya mahu berehat seketika daripada lakonan dan memberi fokus kepada promosi lagu,” katanya.

Bakat yang dicungkil menerusi program realiti, Akademi Fantasia (AF)

2016 itu mengakui, jadualnya semakin padat dengan pelbagai tawaran lakonan. Terbaru, Isa menjayakan drama, Rahsia Cinta terbitan Suhan Movies untuk siaran NTV7.

“Diikutkan, jiwa saya lebih cenderung kepada nyanyian, malah nama saya mula dikenali sebagai penyanyi. Tetapi, ketika ini, rezeki saya lebih berpihak kepada dunia lakonan. Saya terima untuk mencuba dan berusaha membahagik­an masa dengan baik,” katanya.

Pencapaian Sherry buka mata Ryan

Tiada istilah gagal dalam diri bakat baharu ini, meskipun sudah hampir lapan tahun berusaha menempatka­n nama dalam dunia seni suara. Melihat kekuatan dalam diri Sherry membuka matanya supaya tidak menyerah kalah dalam mengejar impian.

Kerja keras pengacara dan pelawak itu menyuntik kekuatan kepada Ryan Deedat untuk berusaha keras meniti landasan yang betul.

“Sherry mengajar saya supaya tidak mudah mengalah dan menghargai kehidupan. Tahun lalu adalah detik paling getir yang membuatkan saya hampir putus asa. Bukan hanya gagal dalam bidang seni, saya juga diuji apabila emak jatuh sakit dan putus cinta. Semua dugaan itu cukup mencabar,” katanya.

Mengutip semangat yang masih bersisa, Ryan berkata, pesanan bekas teman wanitanya supaya dia tidak berputus asa kerana bukan semua insan bertuah sepertinya memberinya kekuatan untuk bangkit semula.

Pertaruhan menerusi single duet bersama Sandra, Salimah memperkasa­kan namanya di ingatan peminat.

Diperkenal­kan pada Februari lalu, Ryan bersyukur apabila lagu itu meraih lebih 200,000 tontonan di Youtube.

“Ramai memberikan komen positif dan menyukai pembaharua­n yang saya cuba bawa menerusi Salimah.

Saya lihat genre muzik yang dibawa mempunyai peluang untuk diketengah­kan. Jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh, ia mampu bertahan dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Tidak mahu hanya dikenali sebagai penyanyi, saya turut menghasilk­an lagu dan menjadi penerbit kepada kumpulan Forteen dan Fariha Razak. Ramadan lalu, saya hasilkan lagu,

Mama dan bakal tampil single balada sedikit masa lagi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia