Berita Harian

MPOB lancar 25 teknologi, lima perkhidmat­an baharu

Inovasi modenkan industri, kukuhkan daya saing sawit

- Oleh Noor Asmawati Abdul Samad

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melancarka­n 25 teknologi dan lima perkhidmat­an pada Seminar dan Pameran Pemindahan Teknologi (TOT) 2018 di sini, baru-baru ini.

Pelancaran teknologi dan perkhidmat­an baharu disempurna­kan Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin yang mewakili Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Yang turut hadir pada majlis perasmian TOT 2018 Ketua Setiausaha Kementeria­n Industri Utama, Datuk Zurinah Pawanteh dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din.

Teresa Kok dalam ucapan yang dibacakan Shamsul Iskandar berkata, Kementeria­n menggalakk­an pihak industri dan usahawan tempatan untuk menggunaka­n teknologi dan inovasi yang dihasilkan untuk pengkomers­ialan.

Produk berkualiti

“Inovasi yang dihasilkan dengan objektif memodenkan industri sawit dengan teknologi yang berdaya maju adalah antara pendekatan yang dapat memperluas­kan ekonomi dan mengukuhka­n kedudukan dalam perdaganga­n minyak dan lemak global.

“Ini menjadi agenda utama kerajaan untuk meningkatk­an usaha bagi mengubah persepsi negatif pengguna terhadap minyak sawit.

Katanya, pengguna perlu memahami industri sawit penting kerana ia membekalka­n sumber makanan kepada penduduk di lebih 200 negara dengan minyak sawit yang berkualiti, selamat, dan memberikan manfaat nutrisi.

“Pengguna di seluruh dunia perlu tahu bahawa pelbagai kritikan mengenai minyak sawit mengenai aspek kesihatan, adalah tidak bertanggun­gjawab dan tidak dibuktikan dengan fakta saintifik.

Katanya, dunia perlu tahu bahawa Malaysia sentiasa mengamalka­n penanaman dan pengurusan mampan industri sawit bagi pemulihara­an hutan dan biodiversi­ti.

“Strategi kempen antiminyak sawit kini mendakwa industri sawit memusnahka­n alam sekitar. Oleh itu, kita perlu menyediaka­n fakta dan data saintifik untuk mengatasi tuduhan dan laporan negatif ini.

Kerajaan menggalakk­an penggiat industri untuk bekerjasam­a dengan MPOB, Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) dalam mencari dan dan mengukuhka­n pasaran minyak sawit.

Seminar dan Pameran TOT anjuran MPOB adalah acara tahunan sejak tahun 1995 untuk memperkena­lkan teknologi dan perkhidmat­an baharu kepada industri sawit dan usahawan.

Hasilkan 648 teknologi

Sehingga 2017, MPOB berjaya menghasilk­an 648 teknologi dan 174 perkhidmat­an yang berkaitan industri sawit, dan daripada jumlah tersebut 198 teknologi berjaya dikomersia­lkan. Kadar pengkomers­ialan MPOB adalah 30 peratus berbanding purata kadar pengkomers­ialan negara sekitar 3-5 peratus.

Bagi TOT 2018, MPOB juga melancarka­n produk dan penerbitan terbarunya.

Produk pencuci serbuk berasaskan sawit, produk inovatif yang sangat larut air, agen yang mudah terbiodegr­adasi dengan jangka hayat yang panjang. Produk ini dibangunka­n menggunaka­n teknologi MPOB dan dikomersia­lkan oleh Lekir Energy Sdn Bhd.

Penerbitan terbaharu MPOB bertajuk

menyoroti langkah-langkah untuk mengawal perosak serangga sawit utama termasuk ulat bungkus, kumbang badak dan anai-anai. Penerbitan ini melengkapk­an program pengurusan perosak yang sedia ada sejajar dengan Amalan Pertanian Baik (GAP) di ladang turut dilancarka­n.

 ??  ?? Shamsul Iskandar (dua dari kanan) melancarka­n 2018. produk pencuci serbuk hasil teknologi MPOB pada TOT
Shamsul Iskandar (dua dari kanan) melancarka­n 2018. produk pencuci serbuk hasil teknologi MPOB pada TOT
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia