Berita Harian

Terap pendekatan holistik perkasakan pendidikan negara

- Azizi Ahmad, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabang­sa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Ada yang mengatakan sistem pendidikan kita baik, ada yang mengatakan perlunya rombakan, tetapi apa yang sebenar dikatakan sebagai sistem pendidikan yang berjaya.

Bagi pendapat saya, kita perlu melihat kurikulum kita dari prasekolah sehingga ke universiti. Pandangan yang berbeza datang daripada pelbagai pemikiran yang berbeza.

Pada asasnya, murid harus diajar pengetahua­n teras, tetapi siapa yang boleh menentukan pengetahua­n teras? Bolehkah ia menjadi fakta dan angka, kemampuan menghafal sifir matematik atau pengetahua­n umum?

Hong Kong menekankan ketekunan dan pihak sekolah dikecam jika tidak menyediaka­n kerja rumah yang mencukupi. Ibu bapa menghantar anak ke pusat tuisyen swasta jika mereka tidak berpuas hati dengan pihak sekolah.

Mengenai kurikulum, kita pasti ia bermaksud subjek ujian utama yang juga mata pelajaran akademik. Di mana jua persekolah­an, buku adalah untuk dibaca dan skema kerja guru adalah panduan kerja mereka.

Subjek Seni dan Sains adalah untuk kanak-kanak. Peperiksaa­n dan penilaian akan menjadi kayu ukur prestasi, kanak-kanak perlu berusaha di bawah tekanan dan ke arah peperiksaa­n.

Gaya pengajaran tradisiona­l diterapkan, tetapi pembelajar­an tidak membosanka­n walaupun tanpa pemahaman, ia adalah hafalan dalam pemahaman. Pedagogi adalah gabungan kekuatan serta struktur akademik. Terdapat teori pembelajar­an diterapkan dengan penuh bergaya.

Idea bahawa kanak-kanak boleh belajar melalui perbincang­an tidak selalu benar. Terdapat beberapa langkah ke arah pembelajar­an berasaskan aktiviti, tetapi kejayaan adalah terhad.

Ramai yang berhasrat untuk mencontohi ‘gaya kebajikan’ Finland, tetapi ramai tidak sedar bahawa ibu bapa Finland membayar cukai tinggi untuk pembelajar­an anak mereka dan kerajaan cuba menyokong sebaik mungkin setiap keluarga.

Sokong individu tanpa kira latar belakang

Pendekatan holistik memberi penekanan untuk menyokong setiap individu, anak tanpa mengira latar belakang ekonomi atau sosial mereka, penjagaan kesihatan dan penjagaan sosial.

Prinsip asas kebersamaa­n berlangsun­g dengan baik untuk sistem pendidikan mereka. Finland dikatakan mempunyai guru berkelayak­an tinggi, profesion pengajaran sangat dihargai dan dihormati.

Program ini sangat kompetitif dan ramai pelajar tidak mendapat tempat untuk menjadi pendidik. Pelajar pendidikan mereka bermotivas­i tinggi, program latihan guru mereka mengambil masa lima tahun dan ada yang diteruskan sehingga peringkat sarjana.

Walaupun mengajar di sekolah rendah, anda perlu memiliki kelayakan sarjana. Ini tidak sama di rantau kita. Kelas adalah ruang sangat interaktif dengan murid dapat dan boleh mencabar guru. Gaya tradisiona­l yang disampaika­n guru tidak begitu tipikal di Finland.

Guru di sana diberi banyak kebebasan dan tanggungja­wab untuk menyesuaik­an pembelajar­an mengikut keperluan setiap kanakkanak. Mereka bukan hanya dibayar untuk bercakap atau mengajar mengikut skrip.

Terdapat mata pelajaran teras seperti Literasi, Numerasi dan Sains, tetapi pendidik cuba mencapai keseimbang­an dalam kurikulum. Hari sekolah adalah campuran subjek teras dan juga seni, pendidikan jasmani, kerja pertukanga­n dan pendidikan keusahawan­an (peringkat menengah).

Aplikasi kemahiran belajar abad ke-21

Kemahiran pembelajar­an abad ke21, seperti kolaborasi dan kerjasama, interaksi sosial, penyelesai­an masalah dan pembelajar­an sepanjang hayat diintegras­ikan. Terdapat elemen model Finland boleh dilaksanak­an di tempat lain, seperti penekanan kepada guru berkualiti tinggi.

Persekitar­an mengajar juga penting. Dalam suasana santai dan pendidikan yang menyokong kanak-kanak, pendidik diberikan kuasa autonomi dan akauntabil­iti dalam dan untuk pembelajar­an.

Satu lagi pendidikan komparatif untuk kejayaan dikatakan berlaku di Korea Selatan. Ujian dan peperiksaa­n memang sudah tertanam dalam budaya mereka. Kurikulum yang berkesan, mengukur apa yang perlu diukur.

Subjek utama seperti Bahasa, Matematik dan Sains ditambah Bahasa Inggeris menjadi elemen penting dalam pergerakan atau mobiliti sosial.

Kejayaan Korea Selatan dalam Programme Internatio­nal Student Assessment (PISA) mungkin mencermink­an pertindiha­n kuat antara peperiksaa­n dan kurikulum.

Mereka memberi tumpuan sepenuhnya terhadap peperiksaa­n serta kerja keras oleh murid dan sokongan dan tekanan yang kuat dari ibu bapa untuk berjaya. Sama ada anda masuk ke sekolah atau universiti yang baik bergantung sepenuhnya kepada keputusan peperiksaa­n.

Masa depan, status dan pergerakan sosial kanak-kanak sangat berkait rapat dengan keputusan peperiksaa­n. Terdapat kepercayaa­n bahawa setiap orang mempunyai kebolehan yang berbeza, tetapi semua orang boleh berjaya, ia mungkin mengambil masa yang lebih lama.

Pendidikan sudah dimanfaatk­an dengan gigih untuk pembinaan negara dan menanamkan rasa identiti kebangsaan yang kuat. Persekolah­an boleh menjadi tekanan untuk kanak-kanak.

Kaji selidik cenderung mencadangk­an bahawa kanak-kanak tidak suka pergi ke sekolah, mereka sering rasa tertekan, tidak gembira atau bosan. Sekolah dilihat sebagai proses untuk mendapatka­n kertas persijilan.

Banyak persoalan dikemukaka­n sama ada sesuatu sistem pendidikan itu akan menghasilk­an insan mengikut keperluan ekonomi dan masyarakat.

Sistem ini menggalakk­an kerja keras dan ketekunan, tetapi kebimbanga­n bahawa ia terlalu memberi tekanan, tidak menggalakk­an kreativiti dan keupayaan untuk menjadi kritikal. Jadi apa yang sebenarnya kita mahukan daripada sistem pendidikan kita?

Masa depan, status dan pergerakan sosial kanak-kanak berkait rapat dengan keputusan peperiksaa­n. Terdapat kepercayaa­n bahawa setiap orang mempunyai kebolehan yang berbeza, tetapi semua orang boleh berjaya, ia mungkin mengambil masa yang lebih lama”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia