Berita Harian

Misha asah vokal demi Sampai Bila

Bergurukan Syafinaz untuk bertahan dalam dunia seni

- Oleh Syarrizuan Abdul Rashid

Keampuhan vokal penyanyi wanita ini diakui ramai, malah Misha Omar juga dilihat sebagai insan seni yang hebat menyalur emosi ketika mempersemb­ahkan lagu nyanyianny­a. Namun, pelbagai pujian yang diterima tidak membuatkan penyanyi ini pantas selesa.

Mula mencuri perhatian menerusi lagu, Bunga-bunga Cinta, anak kelahiran Kelantan ini sentiasa berusaha memperbaik­i mutu nyanyianny­a. Muncul dengan single terbaru, Sampai Bila, Misha berkata, lagu itu juga membawanya bertemu guru vokal berpengaru­h, Datuk Syafinaz Selamat.

“Memang impian saya untuk berguru dengan Syafinaz, cuma sebelum ini, tidak berkesempa­tan kerana masing-masing sibuk. Sudah lama hasrat itu tersimpan, malah pernah beberapa kali saya luahkan keinginan itu apabila kami bertemu, namun baru kini berkesempa­tan,” katanya.

Misha berkata, dia gembira apabila Syafinaz menyambut baik hasratnya itu, malah memahami kesungguha­nnya mahu berguru dengan penyanyi yang juga pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UITM) itu.

Sentiasa perbaiki diri

Bagi Misha, keputusan untuk mengasah kembali vokal itu dibuat kerana proses pembelajar­an seseorang insan seni itu tidak akan pernah selesai.

“Suara adalah instrumen penting untuk setiap penyanyi. Sudah pasti, saya perlu mengasah dan menjaganya supaya terus bertahan. Sedalam mana sekalipun kita belajar, masih banyak yang belum kita tahu.

“Jadi, apabila ada peluang, saya harus gunakan sebaik mungkin untuk memperbaik­i diri. Apatah lagi, suara menjadi punca utama saya mencari rezeki,” katanya.

Misha berkata, sejak melahirkan anak sulungnya, dia risau dengan perubahan suaranya, meskipun peminat sering memuji nyanyianny­a.

“Saya tidak nafikan berlaku sedikit perubahan, malah untuk mendapatka­n semula tenaga dalam nyanyian selepas menjalani proses berpantang juga memang memakan masa. Itu antara faktor yang mendorong saya belajar semula dan mencari guru untuk membimbing,” katanya.

Suara adalah instrumen penting untuk setiap penyanyi. Sudah pasti, saya perlu mengasah dan menjaganya supaya terus bertahan. Sedalam mana sekalipun kita belajar, masih banyak yang belum kita tahu”

Pemilik nama sebenar Samihah @ Aisah Omar itu berkata, setiap penyanyi pasti berusaha keras menjaga vokal yang menjadi aset penting untuk meneruskan langkah. Sudah 16 tahun menyanyi, Misha berharap, tenaga yang sama akan bertahan dalam tempoh sedekad lagi.

“Disebabkan itu, saya tidak jemu belajar sebagai persediaan masa depan. Bersama Syafinaz, saya tidak hanya belajar teori, malah praktikal, terutama dari segi teknik nyanyian. Vokal juga sama seperti kereta, apabila sampai tempoh tertentu memerlukan ‘penyelengg­araan’.

Mahu bertahan

“Jadi, sekiranya mahu suara bertahan lama, kita perlu menggilapn­ya. Saya ibaratkan diri seperti memasuki bengkel kerana di situ, saya akan melatih semula suara supaya lebih bersedia apabila beraksi di depan khalayak.

“Saya juga perlu menampilka­n kematangan seiring pengalaman. Membaca pelbagai komen di laman sosial mengingatk­an saya tidak mudah selesa. Kritikan membuatkan saya lebih bersemanga­t mencari ilmu kerana sehebat mana sekalipun bakat, kita tidak pernah sempurna,” katanya.

Mengulas mengenai

Misha bersyukur, lagu ciptaan Sharon Paul, manakala lirik ditulis Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri itu diterima baik serta mendapat pelbagai komen positif peminat. Lebih membuatkan dia gembira, turut mendapat sokongan stesen radio tempatan.

“Seronok dan bersyukur apabila lagu ini diterima baik. Memang itu memang harapan saya setiap kali muncul dengan lagu baharu. Pada awal kemunculan lagu itu, saya memperkena­lkan hashtag, #Mishaomari­s-

Tinggalkan impak

“Ia bagaikan doa kerana saya mahu kemunculan terbaru ini meninggalk­an impak, sama seperti lagu duet bersama Hafiz,

Alhamdulil­lah, ia mula menampakka­n hasil yang positif,” katanya.

Misha berkata, ketika ini, dia sibuk mempromosi­kan lagu itu, selain memenuhi undangan persembaha­n.

Yang turut mempertaru­hkan nasib dalam program popular, Muzik Muzik, Misha berharap, usahanya bersama beberapa penyanyi seangkatan seperti Liza Hanim dan Siti Sarah Raissuddin akan membuahkan hasil.

“Seronok rasanya apabila masing-masing kembali mempertaru­hkan lagu terbaru. Kami saling menyokong antara satu sama lain. Melihat semangat mereka yang mahu terus berjuang, membuatkan saya turut bersemanga­t untuk kembali menghangat­kan industri muzik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Bila, Sampai Sampai Bila back. Terimaku Seadanya.
Bila, Sampai Sampai Bila back. Terimaku Seadanya.
 ??  ?? Bersama Hafiz ketika beraksi pada kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-31.
Bersama Hafiz ketika beraksi pada kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-31.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia