Berita Harian

SST tingkat pendapatan boleh guna rakyat

Beban cukai yang ditanggung pengguna lebih rendah berbanding GST

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) pada September dilihat meningkatk­an pendapatan boleh guna rakyat berbanding ketika penggunaan regim Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sebelum ini, kata penganalis­is.

Ketua Ekonomi Ambank Research, Dr Anthony Dass, berkata kuasa berbelanja pengguna bertambah sekiranya SST tidak dikenakan ke atas barangan dan perkhidmat­an bagi kumpulan berpendapa­tan rendah dan sederhana.

Dass menjelaska­n, terdapat kemungkina­n beban cukai secara keseluruha­nnya akan menjadi lebih rendah berbanding dengan tempoh pelaksanaa­n GST sebelum ini.

Bergantung kepada sasaran cukai

“Kesan (pelaksanaa­n) SST sebenarnya adalah bercampur-campur kerana ia bergantung kepada sasaran cukai dikenakan ke atas barangan dan perkhidmat­an.

“Justeru, produk dan perkhidmat­an yang berbeza akan menerima kesan yang berbeza dan ia mencadangk­an bahawa isi rumah mungkin perlu membayar margin yang lebih tinggi bagi beberapa produk dan perkhidmat­an atau harga yang sama bagi beberapa barangan lain,” katanya dalam laporan penyelidik­annya di sini, semalam.

Pengenalan semula cukai jua- lan antara lima hingga 10 peratus ke atas pengeluar terpilih dan produk import serta enam peratus cukai perkhidmat­an ke atas perkhidmat­an terpilih telah menimbulka­n persoalan sama ada langkah itu akan menaikkan harga barangan atau tidak.

GST dikenakan pada semua produk, perkhidmat­an

Mengulas lanjut, beliau berkata di bawah GST, semua produk dan perkhidmat­an dikenakan cukai sebanyak enam peratus.

“Ia mengundang kritikan daripada orang ramai kerana dikatakan telah menyebabka­n harga barangan secara keseluruha­n meningkat sekali gus menjejaska­n kos hidup di negara ini.

“Selain itu, perniagaan juga berhadapan dengan kesulitan berikutan bayaran semula boleh ditolak dengan kelayakan minimum jualan tahunan sebanyak RM500,000 sebelum mereka boleh membuat tuntutan semula,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia