Pengorbana­n Tok Gajah

Wan Hanafi Su bukti kaliber lalui cabaran lakon filem epik

Berita Harian - - HIP - Oleh Hanisah Selamat

Berkampung di hutan dan bertemanka­n agas, sesekali bermandi hujan dek cuaca tidak menentu, semua cabaran itu tidak memudarkan teruja pelakon berpengala­man, Wan Hanafi Su untuk ‘masuk’ semula ke set penggambar­an filem epik, Mat Kilau.

Katanya, dia tidak sabar kembali ke lokasi filem yang berkisar perjuangan tokoh pahlawan Melayu itu yang disifatkan memberikan cabaran tersendiri.

Selepas menyelesai­kan dua babak sebagai Tok Gajah sebelum Ramadan lalu, pelakon berkaliber itu berkata, dia masih menunggu lampu hijau untuk kembali ke lokasi penggambar­an yang dijadualka­n bermula selepas musim Syawal.

“Saya seronok dan teruja sepanjang berada di lokasi penggambar­an di Seri Iskandar, Perak, tempoh hari. Walaupun tinggal di dalam hutan dan perjalanan agak jauh, ia tetap menyeronok­kan. Diikutkan ada 11 babak membabitka­n Tok Gajah.

“Sebelum bercuti, saya sudah siapkan empat babak. Walaupun penggambar­an filem ini mengambil masa yang lama, saya faham. Bukan senang untuk menghasilk­an filem epik, tambahan pula apabila membabitka­n prop besar.

“Set kami pula di tepi sungai dan apabila hujan, air akan melimpah dan jeti hanyut hingga penggambar­an terpaksa diberhenti­kan beberapa kali. Agak lucu apabila ada kru bertanya, mengapa saya begitu tenang dan tidak pernah marah.

“Saya faham cara Syamsul Yusof sebagai pengarah filem ini bekerja, jadi saya tiada masalah, biarpun terpaksa berdepan pelbagai rintangan,“katanya.

Selain Wan Hanafi, 68, filem itu turut menampilka­n Datuk Adi Putra sebagai Mat Kilau, selain Beto Kusyairy, Johan As‘ari, Fattah Amin, A Galak, Farid Amirul, Nadiya Nisaa dan pelakon Indonesia, Yayan Ruhiyan.

Tak kisah walaupun satu babak

Sebagai sutradara, Wan Hanafi berkata, Syamsul sangat serius dan begitu teliti, pada masa sama tahu apa yang dimahukan daripada setiap pelakon.

“Syamsul sangat teliti dalam segala aspek. Dia tahu apa yang dia mahukan dan akan memastikan semua itu diperoleh. Sudah tentu saya teruja bekerja dengannya. Saya lihat kesungguha­n semua pelakon dan kru, biarpun berdepan kesukaran, terutama faktor cuaca.

“Bagi saya, pengalaman menjayakan penggambar­an filem ini cukup menyeronok­kan,” kata pelakon yang pernah diundang ke Festival Filem Cannes bersama produksi filem Apprentice.

Wan Hanafi berkata, sebelum menerima sesuatu tawaran, dia akan mempertimb­ang pelbagai perkara, terutama individu yang bakal bekerja dengannya. Semua itu akan diperhalus­i terlebih dahulu kerana dia mementingk­an keselesaan.

Bukan cerewet, sebaliknya Wan Hanafi memaklumka­n, dia begitu menitikber­atkan naskhah yang dibawa, meskipun dia hanya beraksi dalam satu babak.

“Saya tidak kisah muncul dalam satu babak sekiranya watak dan skripnya kuat. Saya yakin, penonton tetap ingat. Itu pentingnya kekuatan sesebuah naskhah.

“Saya juga biasanya akan mengambil tahu dengan siapa saya akan bekerja dan barisan pelakon gandingan. Ramai yang bagus, antaranya Shaheizy Sam dan Beto,” katanya lagi.

Turunkan ilmu lakonan percuma

Sementara itu, dia turut mempelawa pelakon yang berminat untuk mendalami ilmu lakonan supaya datang ke rumahnya tanpa dikenakan sebarang bayaran.

“Mereka hanya perlu tinggal di rumah saya sekurang­kurangnya seminggu. Tidak perlu bayar, sebaliknya kita berkongsi rezeki yang ada. Makan sahaja apa yang saya makan. Saya akan beri tunjuk ajar selok­belok mengenai dunia lakonan.

“Saya tengok ada sesetengah tenaga pengajar mengenakan bayaran sehingga RM450 sehari. Apa yang pelakon akan dapat dalam sehari? Kalau memang bersungguh­sungguh, saya dengan lapang hati mengalu­alukan kedatangan mereka.

“Tiga empat tahun lalu, saya pernah menguar­uarkan perkara ini kepada ramai pelakon, tetapi tiada seorang pun yang menyahut peluang ini. Mungkin mereka sibuk,” katanya lagi.

Saya tidak kisah muncul dalam satu babak sekiranya watak dan skripnya kuat. Saya yakin, penonton tetap ingat. Itu pentingnya kekuatan sesebuah naskhah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.