Berita Harian

PRAKUU permudah ambil pembantu rumah

-

RM15,000 untuk kos pengambila­n pembantu rumah asing disifatkan sangat mahal. Itulah juga antara rungutan daripada orang ramai tetapi polemik isu ini seakan tiada berkesudah­an. Mahu atau tidak, khidmat pembantu rumah asing tetap mendapat permintaan tinggi dalam kalangan rakyat negara ini.

Memahami masalah ini, Invenico Asia Sdn Bhd mewujudkan PRAKUU, bagi memudahkan rakyat Malaysia mendapatka­n khidmat pembantu rumah dengan harga lebih murah.

Baru beroperasi April lalu, platform ini adalah sistem yang menghubung­kan majikan (permintaan) dan ejen pengambila­n dari negara sumber (bekalan) ke satu platform tunggal secara dalam talian, dengan kos lebih rendah.

Invenico jugamenand­atangani Memorandum Persefaham­an (MOU) denan persatuan agensi pengambila­n terbesar Indonesia, ASPATAKI, untuk membekalka­n tenaga kerja.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Azril Rizal Abdullah, berkata orang ramai boleh memilih dan menempah pembantu rumah asing, terutama dari Indonesia serta Filipina dengan lima langkah mudah menerusi PRAKUU.

“Kami bukannya bertindak sebagai ejen tetapi boleh diibaratka­n sebagai pemudahcar­a yang memberi perkhidmat­an di antara majikan dan ejen pengambila­n pembantu rumah.

“Ini kerana PRAKUU direka untuk menyediaka­n kemudahan penggunaan bagi majikan serta mempermuda­hkan proses keseluruha­n pengambila­n pembantu rumah.

“Bagi pembantu rumah Indonesia, kos dikenakan hanya RM12,600, manakala untuk pembantu rumah warga Filipina, RM9,950.

“Jumlah ini jauh lebih rendah berbanding harga pasaran dikenakan oleh banyak ejen pengambila­n pembantu rumah di Malaysia.

“Mereka yang berminat atau masih mencari pembantu rumah, boleh ke PRAKUU untuk mendaftar kemudian memilih pembantu rumah, membuat bayaran pertama (50 peratus daripada jumlah keseluruha­n kos), lunaskan lebihan bayaran dan dalam tempoh 45 hari, pembantu rumah anda sampai untuk berkhidmat,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Majikan dapat pilihan terbaik

Kata Azril, pihaknya turut menawarkan perkhidmat­an percuma untuk bayaran proses di kedutaan, pas lawatan kerja sementara (PLKS), proses saringan kesihatan dan keputusan di klinik berdaftar dengan Agensi Pemantauan Pemeriksaa­n Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA), stamping & notary dan insurans (perubatan dan hospital) untuk tahun pertama sepanjang tempoh promosi sehingga Oktober ini.

“PRAKUU dibangunka­n untuk memastikan majikan dapat memperoleh pilihan terbaik serta kemudahan penggunaan dalam mengambil pembantu rumah.

“Pada masa sama, kami tidak melupakan manfaat yang akan diterima oleh pembantu rumah.

“Melalui PRAKUU, wujud kemudahan seperti e-wallet yang dapat memastikan gaji dibayar tepat pada masanya dan ia boleh dipantau oleh kedua pihak.

Mudah, selamat

“Menerusi e-wallet juga mudah dan selamat untuk pembantu rumah menghantar wang kepada keluarga di kampung,” katanya.

Selain itu, katanya, sistem SOS yang dibina berfungsi membantu pembantu rumah untuk melaporkan penyalahgu­naan seperti kes dera atau ketika mereka memerlukan bantuan kecemasan. Mereka boleh terus ke pusat sokongan PRAKUU di Malaysia.

“Selain itu, keupayaan menjejaki pembantu rumah melalui pengimbasa­n kod QR juga disediakan selain proses pengambila­n pembantu rumah lebih cepat ke Malaysia berbanding proses semasa,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.prakuu.my.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia