Berita Harian

Tenaga pengajar perlu kemahiran pedagogi, androgogi

-

Apabila ada pelajar mengadu pensyarah tidak pandai atau tidak tahu mengajar, golongan tong kosong akan memberi maklum balas, ‘Pensyarah tentu hanya bersyarah, guru yang mengajar.’

Bagaimana pula jika seorang pemegang ijazah doktor falsafah atau PHD dikatakan tidak berkeboleh­an mengajar, tetapi berbangga mahu dipanggil pensyarah atau doktor?

Pemilik ijazah perubatan dianggap sarjana dan pakar dalam bidang pengajian mereka, manakala pemilik PHD ialah pemegang ijazah doktor falsafah yang dikelaskan di bawah ijazah akademik.

Bagaimanap­un, penerima ijazah PHD lebih prihatin dengan menjalanka­n penyelidik­an dan mempunyai set kemahiran yang diperlukan untuk melakukann­ya.

Persoalann­ya ialah adakah mereka pandai dan berkeboleh­an mengajar serta mempunyai kemahiran pedagogi atau androgogi, iaitu seni dan sains pengajaran. Pengajaran bukanlah perkara yang boleh anda lakukan atau tidak boleh lakukan.

Anda mungkin baik dalam kelas atau subjek tertentu, tetapi tidak dalam kelas yang lain.

Pengajar biasanya berhadapan dengan pelbagai jenis pelajar dalam setiap kelas atau mempunyai kebolehan pelbagai.

Mengajar kelas pelajar dewasa biasanya lebih mudah berbanding mereka yang lebih muda, kerana pelajar yang lebih matang biasanya amat menghargai pendidikan.

Pelajar juga mempunyai cita rasa dan keperluan pembelajar­an sendiri, selain tidak mahu dibimbing seperti anak kecil atau ‘budak sekolah.’

Ramai yang tidak menyukai cara penyampaia­n keperluan pendidikan umum atau mungkin sesi kelas tidak berfungsi dengan baik.

Mengajar, mendidik

Pengajar atau pendidik yang kompeten, berpengala­man dan terlatih mampu mengajar dengan mudah. Kelas dengan pelajar yang sentiasa bersedia, mengambil bahagian dan bertanya soalan yang baik juga akan menjadikan sesi kuliah tampak hebat tetapi tidak semua akan mendapat momen sebegitu.

Ada juga keadaan kurikulum dijalankan dalam bahasa Melayu tetapi institusi mahukannya dalam bahasa Inggeris (bersesuaia­n dengan program khusus).

Pengajar perlu menyampaik­an pengajaran dalam bahasa Inggeris walaupun dwibahasa bukan menjadi halangan buat mereka.

Pengajaran juga menjadi sukar seiring usia guru, yang juga mengubah dinamik pengajaran. Apabila kita memahami semua ini, kita tidak boleh membuat anggapan tentang mengapa sesetengah pendidik atau pemegang ijazah tidak boleh mengajar dengan sewajarnya.

Saya fikir, sesiapa pun boleh mengajar tetapi tidak semua orang boleh mendidik. Ia mungkin tidak mampu memuaskan semua orang tetapi pengajaran dan pembelajar­an mesti diteruskan.

Azizi Ahmad,

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabang­sa, Kuala Lumpur

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pensyarah perlu mempunyai kebolehan mendidik agar ilmu mudah difahami pelajar.
[FOTO HIASAN] Pensyarah perlu mempunyai kebolehan mendidik agar ilmu mudah difahami pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia