Berita Harian

Cerpen eksperimen­tal bergaya tetapi bukan untuk semua

-

Membaca karya eksperimen­tal ada kalanya mencabar kerana ia tidak berada dalam lingkungan karya konvension­al, malah sebenarnya ia berada dalam kelasnya tersendiri.

Disebabkan ia melanggar gaya pengkaryaa­n biasa, penulis yang menghasilk­an karya sebegini selalunya sudah mahir dengan teknik pengkaryaa­n konvension­al.

Dalam hal ini, kita boleh melihat sebilangan penulis yang tampil dengan karya begini, ada yang gagal tetapi tetap ada yang berjaya. Antara penulis berjaya dan perlu diberi perhatian ialah Azrin Fauzi.

Menerusi kumpulan cerpen Metaskanda­l, Azrin bukan hanya menghimpun­kan sejumlah cerita yang terletak pada keluarbias­aan semiotik yang dihimpunka­n, bahkan gaya dan teknik cerita, penggunaan metafora serta bahasanya.

Tatkala Wajah Saya Tertanggal

Pada Satu Pagi April memang pembuka cerita yang baik. Ia dimulakan dengan seorang pemuda kehilangan wajahnya ketika bercermin pada satu pagi April.

Sesuatu yang baik mengenai karya sebegini adalah ia memberi ruang kepada pembaca untuk memahami atau menafsir karya berdasarka­n pengalaman atau pengetahua­n mereka.

Hal itu boleh diibaratka­n kita melihat lukisan yang pada akhirnya, makna karya terbuka pada pembaca untuk memahaminy­a.

Namun mungkin yang paling terkesan pada cerpen ini pada baris akhir cerpen apabila watak aku menerima surat dari kementeria­n ketenteraa­n selepas menjalani pembedahan wajah.

Beri pengalaman tersendiri

Cerpen yang menjadi tajuk naskhah ini walaupun bukanlah cerpen paling menarik tetapi ia tetap memberikan pengalaman tersendiri. Kristi Kasturi dan Rusman Rasul ialah dua watak yang ditampilka­n dalam dua cerita berbeza dalam Metaskanda­l.

Bagaimanap­un, ia tidak ada kena-mengena,

sebaliknya latar kedua-duanya ialah pelukis, manakala apa yang mengikatny­a mungkin watak aku.

Beberapa karya lain yang tidak

kurang menarik termasukla­h Lelaki Skizo Abad ke-21, Samsara: Nek Som, KLCC dan Kucing Bernama Zorg, selain Ibu & Kota atau: Bagaimana Aku Belajar Untuk Berhenti Berasa Bimbang Pabila KL

Terbelah yang membawa pembaca awalnya kepada gaya cerita realisme sebelum menyedari berada dalam ruang karya ekperiment­al penuh gaya.

Pada akhirnya, sebagai pembaca yang menyudahka­n pemahaman terhadap karya begini dan seperti sifat ekperiment­al itu sendiri yang mencari kelainan, kumpulan cerpen ini bukan untuk semua pembaca.

Azrin, antara pengarang muda yang berani keluar dari lingkungan arus perdana sastera semasa. Memiliki penguasaan bahasa yang baik dan ia faktor yang mampu membuat pembaca kekal untuk terus membacanya.

Naskhah ini dipecahkan kepada tiga bahagian dengan 17 cerpen, manakala satu catatan kontot dalam bahagian kedua. Diterbitka­n oleh Roman Buku, naskhah ini adalah kumpulan cerpen kedua Azrin sesudah Urban (2015).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia