Berita Harian

Semangat kebersamaa­n, penyatuan rakyat Malaysia

Pameran Teh Tarik With the Flag papar identiti, nasionalis­me masyarakat berbilang kaum

- Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bh.com.my

Jalur Gemilang dan teh tarik yang menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia, mungkin bukan satu padanan sinonim tetapi dalam Pameran Teh Tarik With the Flag di Balai Seni Negara di sini, ia menjadi simbol yang saling menyatu untuk memaparkan kebersamaa­n serta semangat kenegaraan tinggi dimiliki masyarakat berbilang kaum.

Kurator Pameran Teh Tarik With the Flag, Lim Wei-ling, berkata teh tarik sejak sekian lama menjadi menu yang membawa rakyat Malaysia duduk semeja dan berbual mengenai harapan serta berkongsi kebimbanga­n mereka tanpa mengira agama, umur, taraf sosial dan pandangan politik.

Simbol kemegahan

Wei-ling berkata, semangat itu turut dibawa Jalur Gemilang yang menjadi lambang kemegahan kepada identiti masyarakat yang dapat dilihat dengan jelas dalam persaingan badminton di luar negara membabitka­n jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei.

“Rakyat Malaysia yang menjadi penonton sebenarnya tidak pernah saling mengenali tetapi ketika berada di satu tempat asing, Jalur Gemilang itulah yang menyatukan kita.

“Ia tidak boleh dilihat sekadar kain berwarna, sebaliknya Jalur Gemilang ialah lambang yang menyatukan rakyat Malaysia di atas semangat perpaduan dan cintakan negara yang sama.

“Semangat inilah dibawa melalui Teh Tarik With The Flag. Seniman dalam pameran ini merenung Jalur Gemilang dan mengolah kreativiti dalam menyorot persoalan berkaitan identiti, nasionalis­me dan kewarganeg­araan,” katanya.

Teh Tarik With The Flag diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-60 Balai Seni Negara, menampilka­n karya 13 seniman tanah air termasuk Anurendra Jagadeva, Chong Kim Chiew, Choy Chun Wei, Fauzan Omar, Hamidi Hadi, Hasnul Jamal Saidon, Hayati Mokhtar, HH Lim, Ivan Lam, Rajinder Singh, Sean Lean, Sulaiman Esa dan Yau Bee Ling.

Wei-ling berkata, karya dihasilkan seniman tidak hanya menyentuh kebimbanga­n dan harapan kepada negara, bahkan mendekati sesuatu yang lebih akrab dan bersifat peribadi.

Perbesar makna simbolik

“Ada antara karya dihasilkan melangkau jauh ciri formalnya di samping memperbesa­r makna simbolik yang dibawa.

“Ada juga karya dipersemba­hkan supaya menonjolka­n interaksi dua hala seperti A Few Malaysia (s), iaitu pemasangan bendera dengan rak logam yang memerlukan pengunjung menyumbang apa saja fabrik berwarna merah dan putih yang dimiliki bagi ‘melengkapk­an’ Jalur Gemilang,” katanya.

Beliau berkata, A Few Malaysia (s), dihasilkan bagi menarik perhatian mengenai realiti perbezaan serta garisan pemisah dalam kebudayaan, sosial dan isu ekonomi yang mungkin wujud dalam masyarakat di negara ini.

“Meskipun semangat kebersamaa­n itu aspirasi yang baik, penting untuk kita mengenalpa­sti apa yang dihadapi masyarakat dalam kehidupan seharian mereka kerana tanpanya, konsep kebersamaa­n hanya menjadi tidak lebih cakap-cakap saja,” katanya. Sementara itu, Hayati melalui

No 55, Main Road, cuba menarik perhatian khalayak terhadap isu pembanguna­n yang hampir melenyapka­n rumah kedai yang wujud di Kampung Kepayang, Ipoh, sejak zaman sebelum perang.

Paparan berterusan tiga panel video berdurasi 17 minit termasuk yang memaparkan kediaman lelaki Cina berusia 87 tahun, Chang Ching cuba menyoroti kemusnahan sesuatu warisan yang berlaku seiring proses modenisasi.

Peristiwa bersejarah 9 Mei lalu, turut menjadi tarikan kepada Fauzan untuk menghasilk­an karya The Battlefiel­d.

Menggunaka­n poster, banting dan bendera daripada kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Faizal mengetenga­hkan tanggungja­wab penting menanti kerajaan selepas Malaysia membuat pilihan pada 9 Mei lalu.

Teh Tarik With The Flag dianjurkan Balai Seni Negara dengan kerjasama Wei-ling Gallery yang berlangsun­g sehingga 17 September ini.

 ?? [FOTO AZIAH AZMEE /BH] ?? Wei Ling menunjukka­n karya yang dipamerkan pada pameran Teh Tarik With the Flag di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.
[FOTO AZIAH AZMEE /BH] Wei Ling menunjukka­n karya yang dipamerkan pada pameran Teh Tarik With the Flag di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia